“TAK ADALAH…” – VIDA NAFI NAK KAHWIN ‘PUCUK MUDA’, BEKAS PEMBANTU PERIBADI

“Allah… tak adalah.. Budok cha cha gitu. Kita kena cari orang yang sama dengan kita, separuh abad ini..,” demikian kata usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida, 49, yang menafikan khabar angin yang menyatakan dirinya bakal mendirikan rumah tangga bersama dengan bekas pembantu peribadinya iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli.
Khabar angin itu ternyata membuatkan netizen berasa teruja dan turut mendoakan kebahagiaan mereka berdua. Namun, perkara tersebut hanyalah berita palsu apabila Iqbal ada memuat naik video klip pendek perbualan di antara Vida dan Datuk Seri Aliff Syukri.

Dalam perbualan itu, kedua usahawan ini ada mendedahkan bahawa Iqbal akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Aliff turut berseloroh agar Iqbal disatukan dengan Vida.Aliff kemudian mengatakan ‘pucuk muda’ seperti Iqbal bukan bermakna dia tidak matang, dan yang tua umurnya semestinya matang dalam kehidupan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen suka melihat DS Vida disatukan dengan bekas pembantu peribadinya itu sebagai suami isteri. Apa-apa pun, kalau dah jodoh tak kemana.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker