Tendang motosikal pasangan kekasih hingga jatuh sebelum samun

Tendang motosikal pasangan kekasih hingga jatuh sebelum samun

PETALING JAYA: Tiga lelaki bertindak menendang sebuah motosikal dinaiki pasangan kekasih sebelum menyamun mereka dalam kejadian di Jalan Kuching menghala pusat bandar tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata, kejadian 12.10 tengah malam itu mengakibatkan mangsa lelaki cedera di muka dan badan manakala teman wanitanya cedera di bahu kanan serta tidak sedarkan diri dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beliau berkata, polis menerima laporan kejadian mengenai kejadian itu pada 11 pagi hari ini.

Katanya, berdasarkan laporan, mangsa dan teman wanita menaiki motosikal Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal RS150 warna kelabu.





“Suspek menarik tangan mangsa dan melibas mangga rantai motosikal pada bahagian belakang topi keledar dipakai mangsa.

“Mangsa kemudian membuat pusingan dari Jalan Kuching menghala ke pusat bandar, namun sekali lagi dihimpit motosikal sama dan suspek menendang motosikalnya sehingga menyebabkan hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Artikel Menarik :


Beh berkata, tindakan suspek itu mengakibatkan kedua-dua mangsa terjatuh di atas jalan dan salah seorang suspek terus melarikan motosikal mangsa.

Katanya, mangsa dibantu orang awam yang berada di lokasi sebelum dibawa ke HKL untuk rawatan.

“Siasatan awal mendapati suspek terdiri daripada tiga lelaki tempatan yang melarikan motosikal milik mangsa nombor pendaftaran VFU 814.





“Polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan.

“Saksi kejadian atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206,” katanya.


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/26/kekosongan-jawatan-timbalan-speaker-dewan-rakyat-akan-di-isi-pembangkang/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker