Tindakbalas Amerika Ke Atas Taliban, Afghanistan Berhadapan Krisis Kesihatan Dan Ekonomi

Tindakbalas Amerika Syarikat ke atas Taliban yang telah menggulingkan kerajaan boneka Amerika Syarikat akan membuatkan Afghanistan berhadapan dengan krisis ekonomi dan kesihatan yang serius.

Pada 16 Ogos 2021 yang lalu, Taliban telah mengisytiharkan kemenangan selepas mengambil alih kediaman Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani di Kabul, Afghanistan.

Ashraf telah melarikan diri dipercayai ke Tajikistan, sebelum tentera Taliban memasuki Kabul.





Amerika Syarikat telah membekukan aset kepunyaan bank pusat Afghanistan bernilai USD9.5 bilion (RM38 bilion).

Manakala Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pula telah meyekat akses ke atas simpanan kecemasan Afghanistan sebanyak USD450 juta (RM1.8 bilion).

Selain dari itu, penerbangan yang membawa bantuan kemanusiaan dan kecemasan kesihatan juga telah dihentikan.

Pengarah Eksekutif Progran Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, David Beasley, melahirkan kebimbangan sekiranya sekatan diteruskan, 14 juta penduduk Afghanistan akan berhadapan dengan kebuluran.

“Negara itu pernah dilanda ribut yang dahsyat sejak beberapa tahun yang lalu, sebelum berhadapan dengan kemarau, konflik dan kini sekatan ekonomi”.





Bagaimanapun, skuad Edisi Siasat difahamkan, Rusia dan China sedang cuba membantu Afghanistan dari kemungkinan berhadapan dengan krisis ekonomi dan kesihatan tanpa memperdulikan amaran dari Amerika Syarikat dan sekutunya.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker