“UJIAN ALLAH… ADA EMPAT ANAK PEREMPUAN, INSYA-ALLAH SAYA KUAT” – BAD
“Allah sedang menguji saya adakah saya boleh atau tidak menghadapinya. Saya sudah sedia dengan segala kemungkinan apabila selepas Isyak malam tadi doktor hubungi saya beritahu bila-bila masa saja isteri akan pergi,” ujar pelakon Badrol Shah atau Bad yang reda dengan pemergian isteri, Allahyarham Farah Shila Mazlan.
Jenazah Allahyarham isteri Bad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves, di sini, selepas solat Maghrib, hari ini.
Bad, 39, yang popular menerusi filem ‘Busut Bonang’ menerusi sesi langsung di Facebook bersyukur apabila pihak hospital dan pengurusan jenazah memberikan kebenaran pengebumian pada hari ini.
“Arwah isteri berada di wad selama 45 hari dan hari ini genap 25 hari ditidurkan dan kini pergi buat selama-lamanya. Kami semua reda. Mudah-mudahan dia ditempatkan bersama para syuhada. Insya-Allah,” katanya.
Terdahulu, Bad menerusi hantaran di laman Instagram berkongsi berita kematian isterinya yang menghembuskan nafas terakhir akibat Covid-19 pada jam 8.15 pagi, hari ini.
Allahyarham Farah adalah guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat. Bad sekeluarga sebelum ini disahkan positif Covid-19 dan sudah selesai menjalani kuarantin di rumah pada 1 Ogos lalu.
Artikel Menarik :
- Serangan Dr Mahathir Kepada Ismail Sabri Bermula
- Pat Pat Siku Lipat, Siapa Suruh Minta, Kan Dah Mendapat; Pasangan ‘Social Experiment’ Di Cekup Polis
- Anak Presiden UMNO Kongsikan Video DS Zahid Di Tolak Ke Dewan Pembedahan
Artikel Menarik :
- Mahkamah Rayuan tangguh pendengaran kes tuntutan RM10.3 juta LHDN dari anak perempuan Najib
- Yang Mana Akan Menjadi Keutamaan Pembentukan Kabinet Ismail Sabri; Rakyat Atau Sokongan MP
- BILA JAMAL ABDILLAH NAMPAK MUDA BERGAYA DENGAN KERETA MEWAH
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/08/26/nampak-baby-bump-wawa-zainal-hamil-anak-ke-4/