16 terkorban dalam kebakaran di Pakistan

KARACHI: Sekurang-kurangnya 16 pekerja terkorban dan lebih ramai masih hilang selepas kebakaran sebuah kilang kimia di bandar raya Karachi hari ini, kata polis.
Lebih daripada 25 tenaga buruh berada dalam kilang kecil yang terletak di kawasan perumahan di bandar pelabuhan itu ketika api marak, menyebabkan premis itu dipenuhi asap tebal.
Pegawai kanan polis, Shahjehan Khan, berkata pihaknya setakat ini menemui 16 mayat dan misi mencari masih diteruskan.
“Kami berusaha menyelamatkan lebih ramai pekerja yang terkandas tetapi bimbang mereka mungkin tidak dapat keluar,” katanya kepada AFP.
- Serangan Dr Mahathir Kepada Ismail Sabri Bermula
- Pat Pat Siku Lipat, Siapa Suruh Minta, Kan Dah Mendapat; Pasangan ‘Social Experiment’ Di Cekup Polis
- Anak Presiden UMNO Kongsikan Video DS Zahid Di Tolak Ke Dewan Pembedahan
Tambah beliau, kilang berkenaan tidak mempunyai laluan keluar kecemasan yang bersesuaian.
Pengurus bandar raya Karachi, Murtaza Wahab, turut mengesahkan bahawa tidak ada laluan kecemasan untuk pekerja kilang itu menyelamatkan diri.
Undang-undang industri dan kod bangunan yang lemah menyebabkan tragedi kebakaran kerap berlaku di Pakistan.
Pada 2012, sekurang-kurangnya 250 pekerja kilang pakaian maut di bandar Baldia di barat Karachi akibat kebakaran, apabila pekerja tidak dapat menyelamatkan diri kerana tiada laluan kecemasan disediakan. – AFP
Artikel Menarik :
- Mahkamah Rayuan tangguh pendengaran kes tuntutan RM10.3 juta LHDN dari anak perempuan Najib
- Yang Mana Akan Menjadi Keutamaan Pembentukan Kabinet Ismail Sabri; Rakyat Atau Sokongan MP
- BILA JAMAL ABDILLAH NAMPAK MUDA BERGAYA DENGAN KERETA MEWAH
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/08/28/indonesia-mahu-giatkan-program-inokulasi/