Benarkah 2 Calon Menteri Untuk Anggotai Kabinet Gagal Lepasi Tapisan SPRM?

Integriti adalah pra syarat yang paling penting untuk seseorang penjawat awam, apatah lagi kalau ianya merupakan calon sebagai seorang menteri yang akan mengetuai sesuatu kementerian.

Tentu kita masih ingat, mantan Perdana Menteri ke 8, TS Mahiaddin Md Yasin, selepas mengumumkan barisan kebinet beliau, telah mengesahkan bahawa kesemua anggota kabinet beliau ‘telah melepasi’ tapisan SPRM dan PDRM.

Kebenaran dakwaan beliau, tanya sama burung hud-hud…😂😂😂

Dengan kemajuan teknologi dan semua maklumat berada di hujung jari, persoalan yang sebesar ini tidak mungkin dapat disembunyikan di bawah karpet.





Kini selepas era Mahiaddin berlalu, tiba pula giliran Perdana Menteri yang baru, DS Ismail Sabri, menyenaraikan barisan kabinet beliau.

Walau pun tidak dinyatakan secara jelas, sama ada barisan kabinet beliau telah menjalani saringan PDRM dan SPRM, tapi berdasarkan barisan menteri kitar semula yang telah diakui ‘bersih’ oleh Mahiaddin, maka tumpuan kita adalah bagaimanakah latar belakang muka-muka baru di dalam kabinet Ismail Sabri.

Menurut maklumat yang skuad Edisi Siasat terima, 2 orang calon menteri di dalam kebinet Ismail Sabri dikatakan telah gagal dalam saringan SPRM.

Seperti yang admin katakan, bila disebut 2 orang calon menteri, maka perhatian kita pasti tertumpu kepada muka baru di dalam kabinet Ismail Sabri.

Tidak dinyatakan secara jelas, siapakah 2 calon tersebut, cuma maklumat yang kami terima, kedua-dua MP tersebut datangnya dari parti PPBM.





Persoalannya, apakah kedua-dua MP yang gagal dalam saringan SPRM itu masih juga dilantik oleh Ismail Sabri dalam kabinet beliau?

Kalau itu yang berlaku, pasti kita tertanya-tanya, apakah pentadbiran Ismail Sabri sudah ‘menghalalkan’ perbuatan rasuah?

Kalau pemimpin UMNO yang mereka label sebagai ‘kluster mahkamah’ tidak mahu diambil oleh Ismail Sabri ke dalam kabinet beliau, bagaimana pula dengan 2 MP yang telah gagal dalam saringan SPRM?

 

Sumber:





https://beritaperak.com/gempar-dua-calon-menteri-untuk-anggotai-kabinet-gagal-lepasi-tapisan-sprm/


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/28/mahiaddin-di-dahulukan-permintaan-rakyat-dan-umno-di-ketepikan/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker