ISU ‘SONGLAP’ WANG – ANDI BERNADEE MAKLUM ‘SUSPEK’ JUGA PENGURUS ARTIS
Susulan ramai berteka-teki serta meminta untuk mendedahkan saja siapa individu yang melakukan pecah amanah dan songlap wang sebanyak RM70,000 bagi mengelak salah faham, penyanyi Andi Bernadee, 29, tampil memaklumkan ‘suspek’ ialah seorang pengurus artis.
Penyanyi lagu ‘Kais Pagi Kais Petang’ itu bagaimanapun enggan berbuat demikian kerana ia masih dalam proses siasatan: “Maaf saya tak boleh lagi dedahkan nama apatah lagi muka suspek selagi kes dalam siasatan. Sebaik kes ini dibawa ke mahkamah, kita semua akan tahu siapa dia.
“Percakapan dan penulisan saya juga perlu berhati-hati suoaya saya tidak disaman kembali. Alhamdulillah, hampir semua kenalan dalam industri hiburan sudah tahu perkara ini dan kenal siapa orang itu. Maklumlah, suspek juga pengurus kepada seorang lagi artis,” katanya.
Dalam pada itu, Andi turut meminta mana-mana pihak supaya tidak memetik nama sesiapa bagi tidak mengeruhkan keadaan: “Diam. Jangan sebut-sebut kat media sosial. Nanti awak pula kena saman, saya tak tahu,” katanya.
Kelmarin, Andi tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, berhubung seorang individu didakwa melakukan pecah amanah dan ‘songlap’ wang miliknya sebanyak RM70,000.
Lebih menyedihkan, individu yang paling dipercayainya itu turut memburukkan namanya dalam kalangan penggiat industri hiburan. Laporan itu juga dibuat untuk memberi amaran kepada rakan dalam bidang lain supaya tidak menjadi mangsa individu itu.
Artikel Menarik :
- Serangan Dr Mahathir Kepada Ismail Sabri Bermula
- Pat Pat Siku Lipat, Siapa Suruh Minta, Kan Dah Mendapat; Pasangan ‘Social Experiment’ Di Cekup Polis
- Anak Presiden UMNO Kongsikan Video DS Zahid Di Tolak Ke Dewan Pembedahan
- Mahkamah Rayuan tangguh pendengaran kes tuntutan RM10.3 juta LHDN dari anak perempuan Najib
- Yang Mana Akan Menjadi Keutamaan Pembentukan Kabinet Ismail Sabri; Rakyat Atau Sokongan MP
- BILA JAMAL ABDILLAH NAMPAK MUDA BERGAYA DENGAN KERETA MEWAH
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/08/28/ustaz-ebit-lew-sebak-lihat-rider-tampil-beri-sumbangan/