KDA FC tidak pandang mudah Bos Gaurus

Ketua Jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak berkata, walaupun semangat skuad hijau kuning kian memuncak selepas mencipta kemenangan hatrik, pemainnya harus mengelak kealpaan dan berhati-hati dengan kebangkitan skuad seladang.
“Kita mahu kekalkan mentaliti tidak mengambil mudah mana-mana pasukan dan tidak mahu merasa selesa dengan pencapaian serta kedudukan semasa kita.
“Sudah pasti mereka akan bermati-matian mahu mempertahankan kedudukan di Liga Super dan mengelak keputusan negatif, kita tidak boleh pandang ringan kemampuan serta kedudukan mereka pada masa ini.
“Jadi saya harap pemain dapat elak kelekaan dan kesilapan mudah yang boleh memberi kesan kepada momentum kemenangan kita diperoleh sebelum ini dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya sepanjang perlawanan di laman sendiri,” katanya.
Aidil berkata, pemain yang berada pada tahap kecergasan terbaik bakal menjadi pilihan kesebelasan utama memandangkan faktor keletihan mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh 10 hari sebelum ini.
“Kemungkinan ada perubahan diperlukan bagi mengimbangi keupayaan fizikal dan mental pada perlawanan kali ni namun ianya bergantung pada sesi latihan yang diadakan sehari sebelum hari perlawanan,” katanya.
Artikel Menarik :
- Serangan Dr Mahathir Kepada Ismail Sabri Bermula
- Pat Pat Siku Lipat, Siapa Suruh Minta, Kan Dah Mendapat; Pasangan ‘Social Experiment’ Di Cekup Polis
- Anak Presiden UMNO Kongsikan Video DS Zahid Di Tolak Ke Dewan Pembedahan
- Mahkamah Rayuan tangguh pendengaran kes tuntutan RM10.3 juta LHDN dari anak perempuan Najib
- Yang Mana Akan Menjadi Keutamaan Pembentukan Kabinet Ismail Sabri; Rakyat Atau Sokongan MP
- BILA JAMAL ABDILLAH NAMPAK MUDA BERGAYA DENGAN KERETA MEWAH
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/08/28/paralimpik-liek-hou-dapat-undian-mudah/