Letupan depoh senjata Kazakhstan, 5 maut, 80 cedera

Letupan depoh senjata Kazakhstan, 5 maut, 80 cedera

NUR-SULTAN: Sekurang-kurangnya lima maut dan lebih 80 orang cedera dalam letupan di sebuah depoh senjata di daerah Bayzakov, Kazakhstan semalam.

Kerajaan tempatan dalam satu kenyataan, berkata letupan di depoh senjata Kementerian Pertahanan di wilayah selatan negara itu, Jambyl, itu memaksa pihak berkuasa memindahkan penduduk empat kampung berhampiran.

Menteri Pertahanan, Nurlan Ermekbayev, berkata empat anggota tentera disahkan maut manakala usaha menghubungi beberapa anggota tentera lain selepas letupan itu masih gagal.

Kementerian Pertahan, dalam kenyataan berasingan pula mengesahkan terdapat mangsa kelima yang maut.

Kerajaan Jambyl berkata lebih 80 orang termasuk 11 anggota tentera yang cedera dimasukkan ke sebuah hospital di bandar Taraz, di mana 28 kekal di hospital termasuk enam yang cedera parah.





Sebuah video dikongsi menerusi Telegram semalam menunjukkan asap berkepul daripada satu kebakaran, sejurus selepas kedengaran letupan kuat.

Menurut Kementerian Pertahanan, stok bahan letupan dan peluru di depoh era Soviet itu dipindahkan dari sebuah depoh lain di rantau Turkestan, di mana berlaku tiga letupan maut dalam tempoh sedekad lalu.

“Semalam, berlaku kebakaran di salah satu depoh peluru di Jambyl dan dengan pantas merebak ke stor simpanan bahan letupan kejuruteraan.

“Letupan kini sudah berhenti secara beransur-ansur tetapi api terus marak,” menurut kenyataan itu.

Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev, dalam ciapan di Twitter, berkata askar dan pekerja perkhidmatan kecemasan cedera dalam letupan itu.





Menurut Kementerian Pertahanan lagi, sebuah suruhanjaya akan ditubuhkan bagi menentukan punca kejadian. – AGENSI


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/28/lebih-10000-dibawa-keluar-dari-afghanistan/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker