Mahiaddin Di Dahulukan, Permintaan Rakyat Dan UMNO Di Ketepikan

Semalam Perdana Menteri, DS Ismail Sabri, mengumumkan barisan kebinet beliau.

Skuad Edisi Siasat ada mengeluarkan senarai penuh kabinet Ismail Sabri semalam.

Baca di sini:

https://edisisiasat.com/2021/08/27/senarai-penuh-kabinet-ds-ismail-sabri/





Mengikut pemerhatian skuad Edisi Siasat melalui sosial media dan juga perbualan secara talipon dan bersemuka, rata-rata rakyat Malaysia melahirkan rasa kecewa yang teramat sangat atas senarai kabinet Ismail Sabri.

2 persoalan paling utama yang menjadi tandatanya kepada rakyat Malaysia yang tidak memihak kepada mana-mana parti ialah apa keperluan mempunyai saiz kabinet yang begitu besar di waktu negara sedang mengalami krisis kesihatan dan ekonomi.

Beberapa kementerian yang tidak memerlukan menteri seperti Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Wanita, Keluarga & Masyarakat, Kementerian Tenaga & Sumber Asli, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi, Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Perusahaan, Perladangan & Komoditi, Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan, Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Belia & Sukan.

Bukan bermaksud Ismail Sabri perlu menutup semua kementerian itu, tetapi buat sementara waktu, urusan pentadbiran kementerian berkenaan boleh diserahkan kepada Ketua Setiausaha kementerian berkaitan.





Jumlah saiz kabinet Ismail Sabri adalah sama seperti jumlah saiz kabinet Mahiaddin dalam kerajaan sebelum ini.

Kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya RM3.5 juta sebulan untuk membayar gaji menteri dan timbalan menteri dalam kabinet Ismail Sabri dan ini tidak lagi termasuk perbelanjaan untuk pelbagai kemudahan lain yang layak dinikmati oleh menteri dan timbalan menteri kabinet.

Dalam keadaan kewangan negara berada dalam keadaan yang cukup kritikal, apakah Kerajaan Ismail Sabri mampu menampung perbelanjaan tersebut, atau Ismail Sabri akan menambahkan lagi hutang negara yang sudah mencecah ke angka RM1 trilion!!!

Perkara kedua yang menjadi persoalan ialah apa rasionalnya Ismail Sabri masih menteri-menteri yang terbukti gagal menggalas tanggungjawab dan telah ditolak oleh majoriti rakyat.





Nama-nama seperti Azmin Ali, Zuraidah Kamaruddin, Mustapa Mohamed, Rina Harun, Hamzah Zainuddin, Saifuddin Abdullah, Hamzah Zainuddin, Ahmad Fayshal dan Ahmad Faizal Azumu adalah nama yang telah terbukti gagal bukan sahaja dalam kabinet Mahiaddin tetapi juga waktu berada dalam kabinet Dr Mahathir di era Pakatan Harapan.

Manakala nama-nama seperti Hishamuddin Hussien, Tengku Zafrul, Dr Radzi Jidin dan Takiyudin Hasan pula adalah nama yang telah gagal dan ditolak oleh rakyat di era Mahiaddin, namun masih dikekalkan oleh Ismail Sabri dalam kabinet beliau.

Apakah dengan mengekalkan orang yang telah terbukti gagal secara total untuk menyelesaikan masalah yang sama akan dapat membuahkan kejayaan?

Dari sudut kepartian pula, skuad Edisi Siasat melihat, Ismail Sabri memberikan keutamaan kepada pemimpin UMNO yang telah ditolak oleh akar umbi UMNO kerana mengkhianati ketetapan parti.

Baca di sini:





https://edisisiasat.com/2021/08/27/setepek-bang-non-bagi-pada-pak-long-mael/

Di kalangan akar umbi, mereka digelar geng pengkianat 22!!!

Apakah Ismail Sabri sedang merancang untuk memperkukuhkan kedudukan beliau dalam UMNO dan bercita-cita untuk mengambil alih kerusi Presiden UMNO dalam pemilihan parti yang akan datang?

Kalau itu niat Ismail Sabri, skuad Edisi ucapkan selamat mencuba tetapi Ismail Sabri jangan lupa, kesetiaan 3.2 juta akar umbi jauh berbeza dengan kesetiaan 22 Ahli Parlimen UMNO.

Walau apa pun slogan yang dilaungkan, walau apa pun janji yang ditaburkan, sudah jelas lagi bersuluh, wajah kabinet Ismail Sabri hanya membawa kepentingan politik beliau dan berkiblatkan Mahiaddin serta PPBM serta membelakangkan aspirasi dan kehendak rakyat dan UMNO.






Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/28/benarkah-2-calon-menteri-untuk-anggotai-kabinet-gagal-lepasi-tapisan-sprm/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker