Penipuan beli vaksin COVID-19, Brazil siasat syarikat Singapura

Penipuan beli vaksin COVID-19, Brazil siasat syarikat Singapura

SINGAPURA: Sebuah syarikat berpangkalan di sini disiasat pemerintah Brazil atas dakwaan melakukan penyelewengan dalam perjanjian pembelian vaksin COVID-19 Covaxin dari India.

Dengan jumlah kematian tertinggi di dunia akibat coronavirus selepas Amerika Syarikat (AS), Brazil amat memerlukan vaksin.

Bagaimanapun, pada 29 Jun lalu, ia membatalkan kontrak bulan Februari berjumlah AS$320 juta (RM1.3 bilion) dengan pembuat vaksin India, Bharat Biotech, atas tuduhan rasuah.

Syarikat itu dijadualkan membekalkan 20 juta dos Covaxin, yang dibangunkan dengan sokongan pemerintah India.





Jawatankuasa siasatan parlimen Brazil menyiasat mengenai ‘penyelewengan serius’ dilaporkan pengadu kepada Kementerian Kesihatan.

Berdasarkan aduan itu, Madison Biotech, Singapura, sebagai sumber didakwa mengeluarkan invois pembayaran pendahuluan yang meragukan.

CNN Brasil yang mengakses dokumen 11 halaman dari jawatankuasa siasatan Parlimen, mendedahkan penyelewengan itu.

Ia antara lain merujuk kepada invois 19 Mac dengan bayaran AS$45 juta (RM188 juta) daripada Madison Biotech kepada Kementerian Kesihatan Brazil untuk tiga juta dos Covaxin, sebelum membuat penghantaran vaksin.

Pendakwa Brazil menuduh bahawa Madison Biotech adalah syarikat ‘shell’ (syarikat yang mempunyai aset kewangan tetapi tiada kegiatan perniagaan ketara) yang bukan sebahagian daripada kontrak.





Bagaimanapun, jurucakap Bharat Biotech menafikan melakukan kesalahan dan memberitahu The Straits Times bahawa syarikat Singapura itu adalah salah satu daripada 13 syarikat gabungannya.

Ia dibentuk tahun lalu oleh pengasas Krishna Ella ‘untuk tujuan R&D (penyelidikan dan pembangunan) luaran penjualan dan pemasaran vaksin’, kata syarikat itu.

Panel 11 Senator Brazil memulakan perbicaraan April lalu berhubung kes itu dan sejak Jun lalu, pihaknya mengalihkan perhatian kepada perjanjian pembelian Covaxin, yang dirujuk media tempatan sebagai skandal ‘CovaxinGate’.

Tumpuan siasatan adalah pada sebutan harga yang lebih tinggi untuk Covaxin.

bagi membeli 20 juta dos vaksin, Kementerian Kesihatan Brazil membayar AS$320 juta (RM1.3 bilion) kepada Precisa Medicamentos dan perantara, Bharat Biotech’s Brazil juga sedang disiasat.





Oleh itu, setiap dos berharga AS$5 (RM21) adalah jauh lebih tinggi daripada AS$ 1.34 (RM5.60) yang tertera dalam e-mel antara Bharat Biotech dan Kementerian Kesihatan Brazil, kata laporan CNN Brasil, yang memetik laporan Parlimen. – AGENSI


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/28/tentera-australia-sempat-keluar-afghanistan-sebelum-serangan/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker