Sajian menarik minggu merdeka

Sajian menarik minggu merdeka

PELBAGAI cabaran terpaksa dihadapi rakyat Malaysia ketika pandemik Covid-19 ini.

Justeru, Hari Kemerdekaan ke-64 tahun ini disambut dalam suasana sederhana untuk bersama-sama menangani wabak pembunuh ini.

Namun, bagi menyuntik kemesraan, melalui kempen #MalaysiakuOhsem, Awesome TV bakal menyajikan pelbagai program menarik sepanjang minggu Hari Kemerdekaan sehingga minggu Hari Malaysia.

Berkonsepkan santai, beberapa filem Melayu lama dan malar segar bertemakan semangat patriotik selain barisan filem Hindi, Hollywood serta filem antarabangsa yang lain turut menghiasi sepanjang minggu terbabit bagi menghiburkan penonton Awesome TV.





Filem yang memetik unsur kekeluargaan, kemasyarakatan serta nilai murni ini dijangka mampu menarik minat pencinta industri hiburan.

Pada 25 Ogos lalu penonton disajikan dengan filem Aku Yang Berhormat, manakala pada 26 Ogos pula filem Prebet Lapok.

Esok, filem Tuah menemui peminat pada jam 2 petang.

Filem yang berasaskan kepada Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu ini menggabungkan suasana dari zaman dahulu kala dan zaman moden.

Filem lakonan Datuk Jamal Abdillah dan Erma Fatima ini mengisahkan seorang lelaki memperkenalkan dirinya sebagai Hang Tuah, pahlawan Melayu pada abad ke-15.





Semua orang berpendapat dia sudah hilang ingatan, namun Sahira mula percaya dengan cerita Tuah.


Artikel Menarik :


Bersempena Hari Kemerdekaan juga, sebuah filem inspirasi dari sejarah ketenteraan Malaysia berjudul Malay Regiment arahan Datuk Jurey Latiff Rosli ditayangkan pada 31 Ogos ini jam 9 malam.

Filem ini memperincikan peristiwa sebenar Ops Kota Gubir I dan II, di mana pasukan keselamatan daripada 17 unit Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) menyerang beberapa kem pengganas komunis di sempadan Thailand-Malaysia, berdekatan Gubir, Kedah.

Dalam operasi kedua, menyaksikan Kapten Zainal Abd Rashid gugur selepas membunuh pengganas komunis.

Operasi terbabit berjaya membunuh enam daripada 15 pengganas komunis selain merampas pelbagai jenis senjata dan bom.





Seramai 11 anggota keselamatan terkorban dalam Ops Gubir pada 26 April 1976.

Filem ini menunjukkan bagaimana kesusahan orang dulu berjuang untuk memelihara dan memerdekakan tanah air ini.

Malay Regiment menampilkan lakonan hebat Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Kamal Adli, Nad Zainal, Erry Putra dan ramai lagi.

Pada Hari Malaysia, 16 September depan pula akan ditayangkan sebuah filem patriotik Malaysia iaitu Leftenan Adnan yang memaparkan kisah benar dari peristiwa Perang Dunia Kedua.

Filem ini mengangkat semula kisah perjuangan Leftenan Adnan dalam menentang tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.





Ketika itu, Leftenan Adnan terkorban ketika mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun.

Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni musuh.

Filem lakonan Hairie Othman, Umie Aida, Rambo Chin, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby dan Wahid Senario ini ditayangkan pada jam 9 malam.

Sementara itu, peminat akan dapat menyaksikan filem hebat iaitu Fast & Furious menerusi slot Awesome Movie pada malam ini, jam 10 malam.

Manakala telefilem Holiday Aji Tom disiarkan menerusi slot Ohsem Tele esok, jam 9.30 malam.






Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/28/mahiaddin-di-dahulukan-permintaan-rakyat-dan-umno-di-ketepikan/

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker