Sebahagian Besar Dari 779 Guru Yang Enggan Ambil Vaksin Telah Bersetuju Di Vaksin Selepas Menghadap TMJ

Susulan dari titah DYAM Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail, Tengku Mahkota Johor yang mahu berjumpa kesemua 779 orang guru di Johor yang enggan mengambil vaksin, satu se pertemuan antara baginda dengan kesemua 779 orang guru tersebut telah diadakan di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor Baru, Johor.

Pertemuan itu turut disertai oleh Timbalan Pengarah (Bahagian Pendidikan) Johor, Shahilon, Mufti Kerajaan Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

Tujuan perjumpaan itu adalah untuk baginda mendengar sendiri penjelasan dari guru-guru tersebut mengapa mereka enggan mengambil vaksin Covid-19.

Hasil dari pertemuan itu, hanya 396 orang dari 779 orang guru yang enggan mengambil vaksin masih lagi tidak bersedia kerana meragui suntikan berkenaan.





Manakala seramai 383 orang guru pula bersetuju untuk mengambil vaksin tetapi terpaksa menangguhkan dahulu atas sebab kesihatan seperti mengandung.

“Dalam perjumpaan ini juga saya berkongsi maklumat mengenai program vaksinasi di Johor dan situasi terkini pandemik COVID-19 di negeri ini”.

“Saya berharap guru-guru ini sedar tanggungjawab mereka untuk sentiasa mengenengahkan pembangunan modal insan dengan menjadi teladan yang baik”.

“Selain itu, saya juga berharap mereka akan mengambil vaksin sebelum sekolah dibuka semula demi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat,” titah baginda.

Dalam perkembangan isu yang sama, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Datuk Mazlan Bujang, Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan memanggil kesemua 779 orang guru tersebut.





“Kerajaan Johor akan memanggil 779 orang guru itu secara individu bagi diberi penerangan dan kaunseling, supaya mereka faham kepentingannya”, kata Mazlan Bujang.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker