USTAZ EBIT LEW SEBAK LIHAT RIDER, TAMPIL BERI SUMBANGAN

“Terharu sebak melihat anak muda semuanya. Rajin kuat bekerja. Bantu mak ayah dan sebahagian yang lain telah berkahwin mencari rezeki halal buat keluarga. Mereka ini tak berhenti dari awal PKP sehingga kini. Setiap hari berkorban membawa makanan dan barang dapur sampai depan rumah kita. Tanpa kita susah payah ke sana sini di waktu ini. Allah sahaja dan pasti akan membalas jasa korban mereka selama ini.

“Terima kasih yer adik abang kakak semua. Masa beri sokongan,doa dan sedikit hadiah. Mereka semua kata banyak ni ustaz. Baik jer semua. Masa cerita iman, kasih sayang dan ibubapa mereka menangis. Saya doaakan mereka semua ini menjadi anak soleh. Terima kasih ye adik-adik semua. InsyaAllah Allah jaga dan pelihara adik semua.

“Bahagia dapat jumpa adik ni semua. Syukur sangat pada Allah yang sayang kita,” tulis pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang meluahkan rasa sebak apabila melihat golongan anak-anak muda yang bekerja sebagai penghantar makanan atau rider sebagai sumber rezeki.





Ebit Lew berkongsi momen pertemuan bersama kumpulan rider tersebut menerusi laman sosial Instagram miliknya. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 870,000 tontonan daripada pengikutnya.

Menurut Ebit Lew, golongan rider yang tidak henti-henti mencari reeki buat keluarga dan ibu baoa sejak daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama pada Mac tahun lalu selayaknya diberi penghargaan di atas pengorbanan mereka. Tidak hanya itu, Ebit turut berkesempatan untuk meluangkan masa bersama hampir 30 rider untuk menghulurkan sumbangan berbentuk wang serta memberikan kata-kata semangat.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya terharu melihat usaha Ebit Lew yang tidak sesekali melupakan kumpulan rider yang turut tergolong dalam barisan petugas hadapan. Malah, ramai yang turut mendoakan agar perjalanan penghantar makanan dan barangan ini setiap hari sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

“Ya Allah seronoknya bila tengok Ustaz Ebit dengan mudah berkongsi rezeki dengan semua orang macam ni. Sangat memberi inspirasi” – “Allah sayang semoga dipermudahkan segala urusan UEL dan semua” – “Moga satu hari nanti saya sekeluarga mampu hulurkan sesuatu tanpa memikirkan berapa keluar, macam UEL buat. Inspirasi”.





“Terlalu sedih. Kalaulah mereka ni adik-adik kita, semoga dalam pelihara Allah selama menjalankan tugas” – “Mereka frontliner yang banyak berjasa tanpa kita sedari. Moga semuanya dikurniakan rezeki melimpah ruah daripada Allah SWT,” antara komen-komen wargamaya.


Artikel Menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/27/tak-adalah-vida-nafi-nak-kahwin-pucuk-muda-bekas-pembantu-peribadi/

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker