DAP Mahu Akta Anti Lompat Parti Di Laksanakan, Ehh… Dah Lupa Pada Gerakan 916?

Dalam satu forum yang disiarkan secara langsung dalam Facebook Bersih 2.0 di bawah tajuk “How To Deter Party Hoping In Malaysia”, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dan DAP cuba untuk menonjolkan watak hero yang kononnya telah lama berjuang menentang perbuatan tidak bermoral Ahli Parlimen yang melompat dari satu ke satu parti demi untuk kepentingan peribadi.

Dalam forum tersebut Anthony Loke berkata:

“Kita semua adalah mangsa ahli Parlimen yang lompat parti sekarang ini.”

“DAP telah hadap perkara ini lama dan kita perlukan pembaharuan.”





“Jadi, apa yang saya sokong sekarang ini ialah undang-undang berkaitan dengan anti lompat parti perlu dilaksanakan secepat mungkin di negara kita.”

‚ÄúDalam masa sama, saya juga mencadangkan agar kita membenarkan ahli Parlimen yang telah meletakkan jawatan ataupun dipecat untuk kembali bertanding tanpa mengira parti apa pun.”

Bagi skuad Edisi Siasat, sikap yang ditunjukkan oleh Anthony Loke adalah sikap sebenar parti DAP.

Jadi kami di Edisi Siasat tidak terkejut.

Prinsip dan pendirian mereka mengenai sesuatu isu sentiasa berubah-ubah mengikut kepentingan peribadi dan parti.





Cuba kita imbas kembali mengenai Langkah 16 September 2008 yang digelar sebagai ‘The Black 916.’

Untuk rekod, langkah ‘The Black 916’ adalah cubaan parti pembangkang yang ketika itu bergabung di bawah Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri ke 5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Idea itu telah dicetuskan oleh Penasihat PKR, DS Anwar Ibrahim, pada 8 Mac 2008.

PKR bersama-sama DAP dan beberapa parti komponen yang lain telah bergabung di blok pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat.

Pada ketika itu, Pakatan Rakyat cuma mempunyai 82 kerusi Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat yang secara keseluruhannya mempunyai 222 kerusi Ahli Parlimen.





Pakatan Rakyat ketika itu cuba ‘membeli’ 30 Ahli Parlimen yang berada di blok kerajaan untuk membolehkan mereka mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Baca di sini:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Isu_Pakatan_Rakyat_tubuh_kerajaan_2008

Tetapi usaha Pakatan Rakyat telah gagal apabila kesemua 30 Ahli Parlimen telah membuat ‘u-turn’ dan membatalkan niat mereka untuk melompat dari blok kerajaan kepada blok pembangkang.

Insiden yang kedua pula adalah ketika negara sedang berhadapan dengan krisis politik sebelum tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan dan tertubuhnya Kerajaan Perikatan Nasional.





Timbalan Presiden PAN merangkap Naib Presiden Pakatan Harapan telah tiga kali ‘mengakui’ aktiviti Pakatan Harapan untuk ‘membeli’ Ahli Parlimen dari parti lain.

Kali pertama disebut adalah mengenai ‘usaha yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan daripada sebelah sana beberapa kerusi lagi’ yang didedah merupakan ‘keputusan yang kita telah capai dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan’.

Kali kedua disebut adalah mengenai ‘as a leader di dalam Pakatan Harapan kita mesti menggamit mereka’ walaupun dikatakan bahawa ‘hari ini mungkin tak suka, hari ini mungkin mereka tidak berapa gembira, hari ini mungkin mereka ada masalah dengan kita’.

Paling menarik ialah pengakuan ‘untuk belah sana datang kepada kita, walaupun telah diusahakan, tak dapat lagi, sehingga ke akhir hari Selasa tak boleh lagi, nak minta mereka tak datang ke Parlimen pun tak boleh lagi, maknanya usaha dah dibuat tapi tak berjaya lagi.’

Baca di sini:





https://harakahdaily.net/index.php/2020/12/24/timbalan-presiden-pan-buka-pekung-pakatan-harapan/

Soalan cepumas skuad Edisi Siasat kepada Anthony Loke dan DAP:

  1. Dalam Langkah 916, bukankah waktu Anwar Ibrahim secara aktif cuba untuk ‘membeli’ Ahli Parlimen dalan Kerajaan Barisan Nasional, Anthony Loke dan DAP juga berada dalam gabungan Pakatan Rakyat, mengapa ketika itu tidak dibangkitkan isu melompat parti adalah adalah satu perbuatan yang sangat-sangat tidak beretika?
  2. Sebagaimana pengakuan dari Salahuddin Ayub, bukankah usaha Anwar Ibrahim untuk ‘memujuk’ Ahli Parlimen yang telah bersetuju untuk membentuk Perikatan Nasional supaya melompat ke Pakatan Harapan adalah juga perbuatan yang tidak beretika, mengapakah Anthony Loke dan DAP tidak membantah tindakan itu?

Jawapannya amat mudah, sekiranya usaha yang dilakukan itu berjaya, maka ianya akan memberikan keuntungan politik kepada DAP.

Skuad Edisi Siasat bersetuju bahawa perbuatan melompat parti adalah perbuatan yang tidak beretika kerana ianya mengkhianati mandat yang telah diberikan oleh pengundi kepada seseorang wakil rakyat atau pun parti.

Tetapi, sebagai seorang yang berintegriti, kita mestilah konsisten dalam memperjuangkan prinsip perjuangan politik kita.

Jangan hanya bersetuju apabila ianya memberikan keuntungan kepada kita dan di kala ia memudaratkan, kita menentang habis-habisan.

Sikap tidak beretika ini sama sahaja tarafnya seperti katak-katak politik yang sanggup menggadaikan maruah diri, parti dan juga mandat rakyat demi untuk sedikit keuntungan peribadi.

Ibarat ayam jantan yang berkokok berderai-derai tetapi ekor sendiri bergelumang tahi, namun, ianya tidaklah pelik apabila yang menunjukkan sikap demikian adalah parti DAP.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker