Dua remaja antara lima pemburu ditahan

Dua remaja antara lima pemburu ditahan

KENINGAU: Dua remaja adalah antara lima pemburu yang ditahan dalam operasi Op Bersepadu Khazanah yang dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Batu 38 Nabawan, sempadan Hutan Simpan Ulu Pinangah, dekat sini, semalam.

Dalam operasi bersama PGA dan Jabatan Perhutanan Sabah serta Jabatan Hidupan Liar Sabah pada jam 4.10 petang, pihak berkuasa turut merampas selaras senjata api jenis bakakuk.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail, berkata kelima-lima suspek berusia 13 hingga 44 tahun ditahan ketika menaiki sebuah kenderaan.

Hasil pemeriksaan menemui selaras bakakuk bersama 17 butir peluru yang dipercayai untuk digunakan dalam aktiviti pemburuan haram dalam hutan simpan.
Disyorkan Untuk Anda





“Pasukan operasi turut merampas pelbagai barangan termasuk senjata api dan kenderaan yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM47,170,” katanya dihubungi, hari ini.

Mohd Abduh berkata, semua suspek dan rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau. Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960,” katanya.


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


 

https://edisisiasat.com/2021/08/29/akibat-curang-isteri-pasang-nat-pada-kemaluan-suami-%f0%9f%98%b2%f0%9f%98%b2%f0%9f%98%b2/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker