Jumlah kematian letupan di depot senjata Kazakhstan meningkat kepada 13

NUR-SULTAN: Jumlah kematian akibat letupan di depot senjata di selatan Kazakhstan meningkat kepada 13 orang dengan tiga mangsa lagi dilaporkan masih belum ditemui.
Menurut Kementerian Kecemasan negara Asia Tengah itu, letupan berlaku di pusat penyimpanan peluru di Kementerian Pertahanan di wilayah Jambyl selatan, yang mengakibatkan puluhan cedera sekali gus memaksa lebih 1,000 penduduk di penempatan berhampiran dipindahkan.
Katanya, mayat mangsa ke-13 ditemui di tapak kejadian, namun sehingga kini belum dikenalpasti identitinya.
“Misi mencari tiga lagi mangsa yang hilang diteruskan,” katanya melalui kenyataan.
Disyorkan Untuk Anda :
- Benarkah 2 Calon Menteri Untuk Anggotai Kabinet Gagal Lepasi Tapisan SPRM?
- MKT UMNO Berikan ‘Peringatan Manja’ Kepada Kerajaan Keluarga Malaysia
- Fazura Raih RM2.16 Juta Dalam Masa 2 Jam Dengan Penjualan Tudung Online!!!
- PARALIMPIK: Liek Hou dapat undian mudah
- DAP Mahu Akta Anti Lompat Parti Di Laksanakan, Ehh… Dah Lupa Pada Gerakan 916?
Presidennya, Kassym-Jomart Tokayev mengumumkan esok adalah hari berkabung kebangsaan bagi mengingati pegawai tentera dan penyelamat yang terkorban di lokasi kejadian.
Menggelarkan mereka yang terkorban itu sebagai hero, Kassym-Jomart melalui Twitternya hari ini menyifatkan semua mangsa akan kekal berada dalam ingatan.
Pada Jumaat lalu, beliau mengenalpasti masalah sistematik di stor penyimpanan peluru itu yang mengakibatkan letupan.
Insiden seumpama itu kerap berlaku di depot tentera era Soviet Kazakhstan, sekali gus memberi tekanan kepada kerajaan.
Sebuah lagi depot berhampiran bandar selatan di Arys turut menyaksikan tiga letupan berlaku dalam tempoh sedekad.
Menurut Kementerian Pertahanan, sebahagian peluru yang tersimpan di depotera Soviet di Jambyl sudah dipindahkan dari Arys, di mana terdapat gesaan untuk menempatkan semula seluruh populasi penduduk bandar itu sebanyak 45,000 orang.
Sebuah video yang dikongsikan secara atas talian menunjukkan kumpulan asap daripada api berlaku sebelum meletusnya letupan kuat berlaku, satu lagi video menunjukkan banyak serpihan dan debu berterbangan ke udara ketika api sedang marak. – AFP
Disyorkan Untuk Anda :
- Benarkah 2 Calon Menteri Untuk Anggotai Kabinet Gagal Lepasi Tapisan SPRM?
- MKT UMNO Berikan ‘Peringatan Manja’ Kepada Kerajaan Keluarga Malaysia
- Fazura Raih RM2.16 Juta Dalam Masa 2 Jam Dengan Penjualan Tudung Online!!!
- PARALIMPIK: Liek Hou dapat undian mudah
- Rooney yakin Ronaldo tidak akan sertai City
- Ayda Jebat, Nabil Mahir bakal timang bayi perempuan
- Mahiaddin Di Dahulukan, Permintaan Rakyat Dan UMNO Di Ketepikan
- ‘Terima kasih PM beri kepercayaan untuk saya kekal pimpin MITI’
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/08/29/terkini-sah-ronaldo-kembali-ke-red-devils-dengan-gaji-rm2-76-juta-seminggu/