Kilang kena notis larangan kerana pekerja maut
BUTTERWORTH: Sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Prai, di sini diberikan notis larangan kerana gagal menyediakan sistem kerja selamat untuk penukaran bumbung sehingga menyebabkan seorang pekerja maut dalam kemalangan pagi kelmarin.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengeluarkan notis larangan itu mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Lokasi kejadian turut disita secara fizikal untuk memastikan tidak berlaku kejadian kacau ganggu untuk siasatan.
“Majikan juga diarahkan untuk menyediakan dokumen tambahan bagi membantu proses siasatan lanjut dengan kadar segera.
“Tindakan perundangan akan diambil sekiranya didapati terdapat pelanggaran peraturan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ke atas pihak yang bertanggungjawab,” kata JKKP negeri dalam kenyataan.
Disyorkan Untuk Anda
Dalam kejadian 11.45 pagi kelmarin, seorang buruh am lelaki warga tempatan dilaporkan maut ketika sedang melakukan kerja menukar bumbung jenis zink di bahagian belakang bangunan pengeluaran di kilang terbabit.
Mangsa dikatakan memijak bahagian zink yang rapuh dan tiada penyokong menyebabkan dia terjatuh dari ketinggian lebih lima meter.
Disyorkan Untuk Anda :
- Benarkah 2 Calon Menteri Untuk Anggotai Kabinet Gagal Lepasi Tapisan SPRM?
- MKT UMNO Berikan ‘Peringatan Manja’ Kepada Kerajaan Keluarga Malaysia
- Fazura Raih RM2.16 Juta Dalam Masa 2 Jam Dengan Penjualan Tudung Online!!!
- PARALIMPIK: Liek Hou dapat undian mudah
- DAP Mahu Akta Anti Lompat Parti Di Laksanakan, Ehh… Dah Lupa Pada Gerakan 916?
- Rooney yakin Ronaldo tidak akan sertai City
- Ayda Jebat, Nabil Mahir bakal timang bayi perempuan
- Mahiaddin Di Dahulukan, Permintaan Rakyat Dan UMNO Di Ketepikan
- ‘Terima kasih PM beri kepercayaan untuk saya kekal pimpin MITI’
- PARALIMPIK: Bonnie bakal bergelar jutawan
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/08/29/2-lelaki-menyamar-polis-untuk-samun-ditahan/