Pulau baharu ‘paling utara’ di dunia ditemui penyelidik

Saintis menemui pulau itu secara kebetulan ketika ekspedisi pada Julai. - Foto TWITTER

COPENHAGEN: Sekumpulan penyelidik menemui sebuah pulau baharu yang dipercayai paling utara di dunia yang belum dinamakan di utara Greenland.

Pulau itu bagaimanapun difahamkan bakal ditenggelami oleh air laut dalam masa terdekat.

Kumpulan penyelidik menemui kawasan terbabit melalui ekspedisi Julai lalu yang pada sangkaan awal mereka adalah Oodaaq, namun sebenarnya adalah sebuah pulau baharu.

Ketua misi itu, Morten Rasch, berkata pihaknya dimaklumkan terdapat kesilapan pada alat GPS yang menyebabkan mereka menyangka sedang berada di Pulau Oodaaq.






Disyorkan Untuk Anda :


“Namun hakikatnya, kami menemui sebuah pulau di utara iaitu sebuah penemuan yang mengembangkan lagi kerajaan Denmark,” katanya yang berkhidmat di Jabatan Geosains dan Pengurusan Sumber Semulajadi Universiti Copenhagen.

Pulau Oodaaq berada di 700 kilometer di selatan Kutub Utara. manakala pulau baharu itu adalah sejauh 780 meter di utara Oodaaq.

Universiti Copenhagen dalam kenyataannya berkata, pulau yang belum dinamakan itu adalah titik paling utara Greenland dan salah satu titik paling utara di bumi.

Namun, jaraknya hanya 30 hingga 60 meter dari permukaan laut.

Rasch bagaimanapun berkata, ia boleh menjadi pulau kecil yang pendek jangka hayatnya.





“Tiada siapa tahu berapa lama ia boleh bertahan kerana secara prinsipnya pulau itu boleh hilang apabila dipukul ribut,” katanya.

Wilayah autonomi Greenland Denmark menjadi topik hangat beberapa tahun kebelakangan ini khususnya pada 2019 apabila bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan ingin membeli wilayah Arktik.

Usul itu, yang digambarkan sebagai ‘tidak masuk akal’ oleh kerajaan Denmark, menimbulkan kekacauan diplomatik. – AFP


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/29/paralimpik-bonnie-bakal-bergelar-jutawan/





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker