Ucapan Hari Kemerdekaan: DS Najib Ingatkan Kerajaan Supaya Tidak Mengulangi Kesilapan Perikatan Nasional

Dalam ucapan sempena Hari Kemerdekaan yang disiarkan secara langsung oleh mantan Perdana Menteri, DS Najib Razak, beliau mengingatkan supaya Kerajaan Keluarga Malaysia supaya lebih fokus dan melakukan perancangan yang betul sebagai strategi untuk membawa keluar rakyat dan negara dari masalah pandemik dan ekonomi yang sudah berlarutan sehingga hampir 2 tahun.

DS Najib Razak juga melahirkan kebimbangan beliau apabila melihatkan keadaan ekonomi dan kehidupan rakyat yang semakin tertekan.

Kejayaan bukan lagi menjadi pilihan tetapi ianya adalah perkara yang WAJIB kepada Kerajaan Keluarga Malaysia.

Kerajaan Keluarga Malaysia TIDAK BOLEH mengulangi kegagalan Perikatan Nasional.

Ini bukan masanya untuk hanya bercakap dan membentangkan pelbagai perancangan dan polisi sekadar di atas kertas atau di dalam media, tetapi ini adalah masa untuk melaksanakan segala perancangan yang ada supaya masalah pandemik Covid-19 dan ekonomi dapat ditangani dengan segera.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker