AS musnahkan kenderaan sarat dengan bahan letupan

AS musnahkan kenderaan sarat dengan bahan letupan
Gambar menunjukkan kesan letupan akibat serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul, Afghanistan. – Foto EPA

AS musnahkan kenderaan sarat dengan bahan letupan

KABUL: Amerika Syarikat (AS) berkata ia memusnahkan sebuah kenderaan yang sarat dengan bahan letupan dalam satu serangan udara di Kabul semalam.

Ia berlaku beberapa jam selepas Presiden AS, Joe Biden, memberi amaran mengenai satu lagi serangan pengganas di ibu negara Afghanistan itu, ketika proses membawa keluar puluhan ribu warga negara itu memasuki hari-hari terakhir.

Jurucakap Taliban mengesahkan kejadian itu, dengan mengatakan sebuah bom kereta yang mahu disasarkan ke lapangan terbang dimusnahkan dan kemungkinan serangan kedua memusnahkan sebuah rumah berdekatan.

AS berkata, ia hanya menyerang kenderaan itu, sambil menambah, berdasarkan saiz letupan kedua, jumlah bahan letupan yang banyak digunakan.





Media tempatan melaporkan, serangan itu mungkin ditujukan terhadap orang awam dan AS berkata, ia sedang memeriksa perkara itu.

Kedutaan AS di Kabul turut mengeluarkan senarai kawasan di lapangan terbang yang mungkin menjadi sasaran serangan pengganas termasuk pintu akses masuk.

Serangan itu dilakukan selepas dua pengebom berani mati Daesh, pada Khamis lalu menyasarkan tentera AS, yang menghalang orang ramai daripada memasuki lapangan terbang Kabul.

Lebih 100 orang maut dalam serangan itu termasuk 13 kakitangan perkhidmatan AS, sekali gus memperlahankan usaha pemindahan keluar yang akan berakhir esok.

Kira-kira 114,000 orang sudah pun dipindahkan dari bandar itu sejak 15 Ogos lalu selepas Taliban kembali berkuasa.





Operasi membawa keluar yang penuh kekacauan dan terdesak itu kemudian bertukar menjadi tragedi berdarah selepas serangan di lapangan terbang berkenaan. – AFP

AS musnahkan kenderaan sarat dengan bahan letupan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/30/singapura-benar-jururawat-hospital-awam-pakai-tudung/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker