Belum Angkat Sumpah, Peja Dah Buat Hal Lagi!!!
Belum Angkat Sumpah, Peja Dah Buat Hal Lagi!!!
Hari ini kesemua Menteri Kabinet dijadualkan untuk mengangkat sumpah di hadapan SPB YDP Agung di Istana Negara.
Waktu skuad Edisi Siasat menulis artikel ini, upacara mengangkat sumpah sedang berlangsung di Istana Negara.
Dalam artikata lain, sebelum upacara mengangkat sumpah disempurnakan, jawatan Menteri Kabinet hanya bertaraf cadangan dari Perdana Menteri dan semua Menteri Kabinet belum lagi mempunyai kuasa eksekutif di Kementerian masing-masing.
Kami di Edisi Siasat merasa sangat terkejut dengan berita yang diterima.
Timbalan Presiden PPBM, yang juga merupakan mantan Menteri Besar Perak dan juga mantan Penasihat Khas Perdana Menteri yang bertaraf menteri, DS Ahmad Faizal Azumu atau Peja, dikatakan telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukan beliau untuk mencampuri urusan Malaysia Football League (MFL).
Perak FA berada di kedudukan tercorot Liga Super dan bakal menyaksikan pasukan itu akan tersingkir dari saingan Liga Super dan diturunkan ke Liga Perdana.
Faizal dikatakan akan berjumpa dengan MFL bagi membincangkan penambahan pasukan di dalam Liga Super untuk mengelakkan pasukan Perak FA tersingkir ke Liga Perdana pada musim hadapan.
Baca di sini:
https://www.facebook.com/100000495292106/posts/5042891152404011/
Untuk rekod, Peja telah dilantik oleh Ismail Sabri sebagai Menteri Belia & Sukan.
Kami di skuad Edisi Siasat sangat kesal dengan tindakan Peja.
Seharusnya, dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Belia & Sukan, Peja mesti membantu untuk memajukan mutu sukan negara supaya Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara serantau.
Inilah akibatnya apabila melantik orang yang telah terbukti gagal, hasilnya, kejayaan adalah sangat mustahil dan kegagalan adalah satu kepastian!!!
Belum Angkat Sumpah, Peja Dah Buat Hal Lagi!!!
Disyorkan Untuk Anda :
- Benarkah 2 Calon Menteri Untuk Anggotai Kabinet Gagal Lepasi Tapisan SPRM?
- MKT UMNO Berikan ‘Peringatan Manja’ Kepada Kerajaan Keluarga Malaysia
- Fazura Raih RM2.16 Juta Dalam Masa 2 Jam Dengan Penjualan Tudung Online!!!
- PARALIMPIK: Liek Hou dapat undian mudah
- DAP Mahu Akta Anti Lompat Parti Di Laksanakan, Ehh… Dah Lupa Pada Gerakan 916?
- Rooney yakin Ronaldo tidak akan sertai City
- Ayda Jebat, Nabil Mahir bakal timang bayi perempuan
- Mahiaddin Di Dahulukan, Permintaan Rakyat Dan UMNO Di Ketepikan
- ‘Terima kasih PM beri kepercayaan untuk saya kekal pimpin MITI’
- PARALIMPIK: Bonnie bakal bergelar jutawan
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/08/30/perdana-menteri-dedahkan-kegagalan-kj/