Cadangan Tubuh RCI Pendedahan Tommy Thomas, Kenapa Blok Pro Dr Mahathir Pula Yang Menggelabah Puyuh?

Cadangan Tubuh RCI Pendedahan Tommy Thomas, Kenapa Blok Pro Dr Mahathir Pula Yang Menggelabah Puyuh?

Dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang lepas, antara gesaan UMNO kepada Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Perdana Menteri, DS Ismail Sabri, ialah supaya kerajaan menubuhkan dengan segeran penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk menyiasat oendedahan yang dibuat oleh mantan Peguam Negara, TS Tommy Thomas, dalam buku tulisan beliau yang bertajuk ‘My Story: Justice In The Wilderness’.

Apa yang menarik perhatian skuad Edisi Siasat ialah respon segera yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin politik di blok pembangkang yang masih lagi pro Dr Mahathir.

Dalam satu artikel yang di tulis oleh portal Malaysia Now, Timbalan Presiden PAN, Datuk Salahuddin Ayub, menuduh cadangan penubuhan RCI itu adalah helah ‘kluster mahkamah’ UMNO untuk melepaskan diri dari pertuduhan di mahkamah.





Manakala Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah pula mengatakan Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, tidak memahami apa yang ditulis oleh Tommy Thomas dan berpendapat tuntutan itu tidak perlu dilayani.

Baca di sini:

https://www.malaysianow.com/berita/2021/08/29/apa-motifnya-persoalan-timbul-berhubung-gesaan-zahid-tubuh-rci-tommy-thomas/

Bagi skuad Edisi Siasat, sama ada Salahuddin Ayub, mahu pun Maria Chin Abdullah, tidak perlu terlalu ‘jumpy’ dalam tuntutan penubuhan RCI itu.

Pertama sekali, Salahuddin dan Maria Chin kena faham, yang membuat tuntutan itu adalah UMNO dan bukannya Presdien UMNO.






Disyorkan Untuk Anda :


DS Zahid Hamidi cuma mengeluarkan kenyataan Presiden UMNO yang menyatakan apa yang telah diputuskan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi di dalam mesyuarat tersebut, jadi, apakah kesemua Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO termasuk Perdana Menteri dan beberapa menteri di dalam kabinet beliau adalah termasuk dalam ‘kluster mahkamah’ ciptaan Pakatan Harapan itu?

Yang kedua, bukankah selama ini Pakatan Harapan yang sering melaung-laungkan perkataan reset dan reformasi.

Jadi inilah permulaan kepada langkah tersebut kerana penyiasatan RCI yang bakal ditubuhkan nanti pasti akan membongkar pemilik tangan ghaib yang selama ini mengawal bukan sahaja Jabatan Peguam Negara, malah pelbagai institusi yang sepatutnya bebas bertindak mengikut lunas undang-undang ‘without fear or favor’.

Jadi, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan, atau ada antara individu yang akan tidak tidur lena apabila penubuhan RCI itu menjadi kenyataan.

Ketiga, tuntutan UMNO itu memang sangat-sangat berasas kerana pendedahan itu dilakukan oleh mantan Peguam Negara sendiri dan bukannya dari pihak ketiga.





Sebagai mantan Peguam Negara, sudah pasti Tommy Thomas tahu apakah implikasinya dari sudut undang-undang sekiranya beliau membuat pendedahan palsu yang sebegitu serius.

Seperti yang pernah dinyatakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, terdapat 7 asas yang kukuh, mengapa kerajaan perlu menubuhkan RCI untuk menyiasat pendedahan TOmmy Thomas.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/122459/BERITA/Nasional/Tujuh-asas-wajar-tubuh-RCI-siasat-Tommy

Jadi, kepada Salahuddin dan Maria Chin serta pemimpin yang pro Dr Mahathir, terutamanya Dr Mahathir sendiri, tidak perlu menggelabah puyuh!!!





Cadangan Tubuh RCI Pendedahan Tommy Thomas, Kenapa Blok Pro Dr Mahathir Pula Yang Menggelabah Puyuh?


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/29/ucapan-hari-kemerdekaan-ds-najib-ingatkan-kerajaan-supaya-tidak-mengulangi-kesilapan-perikatan-nasional/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker