Dr Amalina Kongsi Tips Elak Kentut Terlalu Busuk? Boleh ke?

Dr Amalina Kongsi Tips Elak Kentut Terlalu Busuk? Boleh ke?

Dr Amalina Kongsi Tips

Baru-baru ini Dr Amalina ada berkongsikan mengenai beberapa fakta mengenai kentut di halaman Instagram miliknya. Satu perkongsian yang menarik!

Kentut Merupakan Perkara Normal
Dalam perkongsian tersebut, Dr Amalina menyatakan bahawa kentut adalah perkara normal untuk semua golongan manusia. Tidak kira anda seorang selebriti terkenal, model terkenal mahupun seorang permaisuri, secara purata manusia akan kentut sekitar 5 ke 15 kali dalam masa sehari.

Tidak Semua Kentut Berbau Busuk
Percaya atau tidak, 99% daripada kentut yang dihasilkan tidak berbau dan sekiranya kentut anda berbau, ini adalah disebabkan oleh kandungan makanan yang mengandungi sulfur seperti brokoli dan kobis.





Dr Amalina Kongsi Tips Elak Kentut Terlalu Busuk? Boleh ke?

Antara lainnya disebabkan oleh pengambilan makanan yang mengandungi laktosa, kekacang, ubat ubatan dan juga masalah sembelit.


Kentut Berbau Boleh Di Elakkan

Tambahnya lagi, kentut berbau boleh dielakkan dengan mengelak daripada pengambilan makanan yang dinyatakan. Disamping itu, pemakanan yang mempunyai serat yang tinggi, buah-buahan dan sayur sayuran yang dapat mengelakkan daripada terjadinya sembelit.

Dr Amalina juga menyarankan berjumpa dengan doktor bagi sesiapa yang mengalami masalah kentut yang teruk, sentiasa sembelit, penurunan berat badan yang mendadak dan najis yang mempunyai kesan darah.





Semoga perkongsian Dr Amalina ini memberi manfaat kepada kita semua.

Dr Amalina Kongsi Tips


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/29/najib-tawar-bantuan-guaman-kepada-gadis-hilang-tangan-akibat-disamun/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker