Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Mudah Masak Guna Rice Cooker

Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Mudah Masak Guna Rice Cooker

Salam semua, nasi ayam memang menu kegemaran kat rumah ni, lagi – lagi sis sendiri pun memang peminat nasi ayam. Tak kisah kedai mana pergi asal sedap memang layan. Yang tu kisah beli di kedai. Sekarang ini, nak tak nak kena buat sendiri nasi ayam sedap. Ikutkan dah banyak kali masak nasi ayam ni. Resepi nasi ayam pun macam – macam orang buat. Yang penting kuah kicap nasi ayam sedap, sup nasi ayam sedap  dan sambal nasi ayam pun sedap. Ayam memang kena goreng.

Biasanya sis masak sup nasi ayam guna pressure cooker dan masak nasi ayam guna rice cooker. Ayam memang anggaran 1 ekor guna dah tahu makan banyak. Walaupun memang ambil masa juga nak masak nasi ayam ni, tapi penat lelah berbaloi sebab semua kena selera masing – masing. Masak untuk 4 pot nasi pun tak cukup. Yang mudahnya, nak buat sup ayam tak payah tumis.
Ok untuk resepi nasi ayam mudah ini, korang boleh cuba resepi di bawah ya. Set menu lengkap untuk nasi ayam.

Bahan – Bahan :

1 ekor ayam belah 4





Bahan Untuk Sup Ayam  :

  • 1 labu bawang besar
  • ! ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • Buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang
  • Air secukupnya sampai 5 liter
  • 3 batang serai, lada hitam biji 1/2 sudu teh, 1 kiub pati ayam

Cara Buat Sup Ayam Sedap :

  1. Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar halus.
  2. Masukkan ayam yang dibelah 4 dalam periuk atau periuk tekanan jika ada.
  3. Kemudian masukkan bahan kisar, rempah penumis, air secukupnya 5 liter, serai, lada hitam dan kiub pati ayam.
  4. Rebus hingga ayam masak.
  5. Dah masak, keluarkan ayam dan ketepikan sekejap.

Bahan Untuk Nasi Ayam :

  • Halia 1 inci
  • Bawang putih 5 ulas
  • 2 – 3 batang serai diketuk
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • Butter atau minyak masak biasa 2 1/2 sudu besar
  • Bunga lawang, buah pelaga, kayu manis sebagai penumis
  • 4 cawan beras
  • Garam secukup rasa
  • Beberapa titik pewarna kuning
  • Sup ayam secukupnya untuk masak nasi

Cara Masak Nasi Ayam Sedap :

  1. 1. Beras direndam selama 30 minit, kemudian basuh dan sejatkan.
  2. 2. Halia dan bawang putih ditumbuk halus.
  3. 3. Panaskan butter dan masukkan bahan penumis dan bahan tumbuk.
  4. 4. Masukkan serai dan tumis hingga wangi.
  5. 5. Kemudian, masukkan beras dan kacau rata.
  6. 6. Pindahkan ke dalam rice cooker. Masukkan daun pandan simpul, sup ayam secukupnya untuk masak nasi, garam dan beberapa titik pewarna kuning.
  7. 7. Kacau rata sekejap dan tekan on sampai nasi masak.
  8. 8. Lepas masak, terus buka tudung dan gemburkan nasi. Biarkan sekejap sebelum dihidangkan

Bahan Untuk Perapan Ayam :

  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia 1 1/2 inci
  • Kicap manis
  • Madu
  • Sos tiram
  • Kicap masin 

Cara Buat Perapan Ayam Untuk Ayam Goreng :

  1. Bawang putih dan halia dikisar halus, nak tumbuk pun boleh.
  2. Pindahkan ke dalam mangkuk.
  3. Kemudian masukkan kicap manis, madu, kicap masin dan sos tiram secukupnya.
  4. Kacau rata hingga sebati.
  5. Lumurkan pada ayam dan ketepikan sekejap untuk perapan.
  6.  Kemudian, panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing di luar

Bahan Untuk Sos Kicap :

  • Lebihan perapan ayam
  • Tambah sos tiram, sup ayam, garam dan kicap abc pekat

Cara Buat Sos Kicap Nasi Ayam :

  1. Lebihan perapan ayam tadi dan tambah sos tiram, sup ayam, garam dan kicap pekat abc.
  2. Kacau rata kemudian masakkan atas dapur hingga sos kicap sebati.
  3.  Sebelum tutup api, suai rasa dulu ya yang mana nak tokok tambah bahan – bahan tadi, boleh tambah.

Bahan Untuk Sambal Lada :

  • Bawang merah 1 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia 1 inci
  • Tomato 2 biji buang biji dalam
  • Lada merah besar 2 tangkai
  • Lada burung merah 2 tangkai
  • Daun ketumbar
  • Sos cili
  • Cuka
  • Gula dan garam
  • Sup ayam

Cara Buat Sambal Nasi Ayam Simple :

1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, tomato, lada merah besar, lada burung merah dan daun ketumbar.
2. Pindahkan bahan kisar dalam periuk dan masukkan sos cili, cuka, sup ayam gula dan garam secukupnya.
3. Masak atas dapur hingga mendidih.
4. Sebelum tutup api, suai rasa dulu, kalau nak tambah bahan – bahan tadi boleh tambah.

Cara Buat Nasi Ayam Mudah :

Untuk langkah – langkah penyediaan dalam bentuk video, korang boleh tonton di bawah ya.  Untuk sup ayam, korang nak tambah banyak lagi pun boleh sebab ke semua nak buat sambal lada, sos kicap dan nasi ayam semua tu memang masukkan sup ayam.

https://edisisiasat.com/2021/08/30/rozaimi-tamat-kontrak-lebih-awal/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker