REZEKI ANAK AYDA JEBAT – BELUM LAHIR DAH TERIMA TAJAAN
“Alhamdullilah, walaupun ‘dia’ belum lahir kami sudah terima beberapa ‘endorsement’. Kami pun terkejut tapi itulah rezeki dia. Dan sekarang ini pun kami terima banyak sponsor barang kelengkapan bayi daripada kereta sorong, katil dan semuanyalah. Kami tak pernah duga akan diberikan rezeki ini. Syukur Ya Allah,” demikian ujar penyanyi dan pelakon Ayda Jebat.
Dihubungi media bagi menjawab soalan mengenai perancangan selepas bayi dilahirkan kelak, Ayda mengucapkan rasa syukur kerana sudah ada beberapa ‘tawaran’ (endorsement) buat anak mereka.
Dalam masa sama, Ayda dan suaminya, pengacara Nabil Mahir menzahirkan perasaan teruja dan bersyukur di atas rezeki kurniaan Ilahi buat mereka.
Sebelum ini, pasangan itu telah berkongsi berita mengenai jantina anak sulung mereka iaitu bayi perempuan yang dibuat menerusi laman sosial YouTube Wuvv Show.
Ditanya mengenai nama untuk si kecil itu nanti, Ayda dan Nabil memberitahu mereka masih belum membuat sebarang keputusan, namun mengakui sudah ada menyenaraikan beberapa nama.
Pasangan yang bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi iaitu pada hujung September ini, berharap agar segala urusan lancar dan dipermudahkan Allah S.W.T.
Terdahulu, media melaporkan bahawa Ayda memilih untuk menjalani proses kelahiran secara pembedahan untuk melahirkan anak sulungnya itu. Apa-apapun, moga dipermudahkan urusan Ayda nanti.

REZEKI ANAK AYDA JEBAT – BELUM LAHIR DAH TERIMA ‘TAJAAN’
Disyorkan Untuk Anda :
- Benarkah 2 Calon Menteri Untuk Anggotai Kabinet Gagal Lepasi Tapisan SPRM?
- MKT UMNO Berikan ‘Peringatan Manja’ Kepada Kerajaan Keluarga Malaysia
- Fazura Raih RM2.16 Juta Dalam Masa 2 Jam Dengan Penjualan Tudung Online!!!
- PARALIMPIK: Liek Hou dapat undian mudah
- DAP Mahu Akta Anti Lompat Parti Di Laksanakan, Ehh… Dah Lupa Pada Gerakan 916?
- Rooney yakin Ronaldo tidak akan sertai City
- Ayda Jebat, Nabil Mahir bakal timang bayi perempuan
- Mahiaddin Di Dahulukan, Permintaan Rakyat Dan UMNO Di Ketepikan
- ‘Terima kasih PM beri kepercayaan untuk saya kekal pimpin MITI’
- PARALIMPIK: Bonnie bakal bergelar jutawan
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/08/29/ramai-hulur-bantuan-ibu-izuan-fitri-terharu-bersyukur/