Saifuddin dilantik Setiausaha Agung FAM

Saifuddin dilantik Setiausaha Agung FAM
Saifuddin kini dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM yang baharu. – Foto Ihsan FAM

Saifuddin dilantik Setiausaha Agung FAM

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan perunding teknikal pertandingan dan liga profesional Persatuan Bolasepak Oman (OFA), Mohd Saifuddin Abu Bakar dilantik sebagai Setiausaha Agung badan induk itu yang baharu.

Menerusi satu kenyataan, pelantikan Saifuddin akan berkuatkuasa 1 September bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Stuart Ramalingam yang bakal menggalas tanggungjawab baharu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia.

“FAM percaya dengan pengalaman luas di peringkat domestik dan antarabangsa serta latar belakang dan kelayakan yang dimilikinya, Mohd Saifuddin mampu membawa FAM ke tahap lebih tinggi sambil memenuhi aspirasi pemegang taruh.

“Selamat menjalankan tugas dengan profesional dan penuh amanah demi memartabatkan bola sepak negara,” kata badan induk itu hari ini.





Saifuddin, 60, mula menceburi bidang tadbir urus bola sepak sebagai Pegawai Pembangunan Teknikal dan Remaja Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) pada 1991 sebelum menjawat tugas di pelbagai unit dalam FAM dari 1995 hingga 2003 termasuk sebagai Ketua Jabatan Pertandingan.

Kemudiannya, beliau menyertai menyertai Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebagai Pegawai Pertandingan dan Pengurusan Acara Serantau dari 2003 hingga 2007.

Selepas itu, beliau kembali ke FAM sebagai Penolong Setiausaha Agung dari 2007 hingga 2009 sebelum berhijrah ke Timur Tengah untuk menjadi Penolong Ketua Pertandingan Qatar Stars League.

Selepas ‘transit’ di Qatar, beliau berkhidmat sebagai perunding teknikal Oman OFA dengan skop tugas selaku Pengurus Pertandingan Liga dan Pelesenan Kebangsaan dari 2012 hingga 2019.

Mohd Saifuddin juga adalah Komisioner Perlawanan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan AFC.





Saifuddin dilantik Setiausaha Agung FAM


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami

https://edisisiasat.com/2021/08/30/wwii-bomb-found-in-beaufort/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker