‘Saya wanita tulen’
Pasir Mas: “Saya bukan lelaki tetapi wanita tulen,” kata Che Halimah Che Mood, 62, warga emas yang dikatakan ‘pelik’ kerana wajahnya mempunyai misai dan janggut.
Che Halimah yang diserang angin ahmar sejak lapan tahun lalu mengakui hidupnya dibelenggu masalah itu sejak di usia awal 20-an menyebabkan dia perlu mencukur dua atau tiga kali seminggu agar kelihatan seperti wanita biasa.
Dia yang pernah menempuh kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali berkata, sudah berjumpa doktor untuk mengetahui punca masalah dan disahkan mempunyai kadar hormon testosteron yang tinggi.
“Selama berpuluh-puluh tahun saya perlu bercukur agar tidak dipandang aneh oleh orang sekeliling. Namun, kini keadaan semakin teruk apabila saya diserang angin ahmar menyebabkan lumpuh separuh badan sebelah kiri.
Disyorkan Untuk Anda :
- Benarkah 2 Calon Menteri Untuk Anggotai Kabinet Gagal Lepasi Tapisan SPRM?
- MKT UMNO Berikan ‘Peringatan Manja’ Kepada Kerajaan Keluarga Malaysia
- Fazura Raih RM2.16 Juta Dalam Masa 2 Jam Dengan Penjualan Tudung Online!!!
- PARALIMPIK: Liek Hou dapat undian mudah
- DAP Mahu Akta Anti Lompat Parti Di Laksanakan, Ehh… Dah Lupa Pada Gerakan 916?
“Saya tidak mempunyai anak untuk menumpang kasih. Nasib baik adik, Mohammad Kamaruddin Abdullah, 42, dan isterinya, Nur Asmira Che Hussin, 36, sanggup menjaga segala makan dan minum saya serta ibu yang sudah tua, Kalsom Mamat, 93.
“Malah, misai dan janggut saya ini, Nur Asmira yang selalu bantu mencukur dua atau sekali seminggu agar tidak tumbuh panjang seperti lelaki,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Batu Karang, di sini, semalam.
Che Halimah dikunjungi wakil Yayasan Raja Shamri (YRS), Tuan Zaimah Raja Omar yang menyampaikan sumbangan kewangan, barangan keperluan, serta lampin pakai buang.
Menurutnya, dia mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan yang mana biasa digunakan untuk membeli keperluan lampin pakai buang dengan kos RM250 sebulan.
“Ketika masih sihat dan kuat, saya banyak merantau mencari rezeki termasuk beberapa tahun bekerja di Singapura sebagai tukang masak restoran di sana. Sebolehnya, saya tidak mahu menyusahkan orang sekeliling, tetapi apakan daya saya diuji dengan hanya kini mampu terbaring saja jika tidak dibantu.
“Sebelum ini, saya tidak terbuka untuk memberitahu orang lain mengenai masalah saya kecuali dengan keluarga terdekat kerana ia membuatkan saya kurang keyakinan diri,” katanya.
‘Saya wanita tulen’
Disyorkan Untuk Anda :
- Rooney yakin Ronaldo tidak akan sertai City
- Ayda Jebat, Nabil Mahir bakal timang bayi perempuan
- Mahiaddin Di Dahulukan, Permintaan Rakyat Dan UMNO Di Ketepikan
- ‘Terima kasih PM beri kepercayaan untuk saya kekal pimpin MITI’
- PARALIMPIK: Bonnie bakal bergelar jutawan
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/08/30/belum-angkat-sumpah-peja-dah-buat-hal-lagi/