UK dikecam tinggalkan ratusan orang di Afghanistan
LONDON: United Kingdom (UK) hari ini berdepan banyak kritikan selepas kerajaan itu mengakhiri secara tergesa-gesa membawa keluar warga Afghanistan, sekali gus menyebabkan ratusan lagi yang sepatutnya ditempatkan semula, terkandas.
Perdana Menteri, Boris Johnson memuji misi yang disebut sebagai pertama kali dilihat sepanjang hayat selepas pihak berkuasa membawa keluar lebih 15,000 orang dalam tempoh dua minggu ini.
Namun, beberapa pegawai tinggi termasuk bekas pegawai mengecam kegagalan kerajaan dengan menjangkakan sepatutnya lebih ramai warga Afghanistan boleh diselamatkan.
Pihak pemantau sayap kiri memetik informasi dari pemberi maklumat yang menyatakan ribuan emel yang masih tidak dibuka dari Ahli Parlimen dan badan amal kepada Kementerian Luar yang menekankan secara spesifik berhubung risiko warga Afghanistan daripada pengambilalihan Taliban.
Menteri Luar, Dominic Raab menerima kritikan hebat kerana tidak memendekkan tempoh percutiannya ketika Taliban menguasai wilayah Afghanistan.
Pihak pemantau berkata, pihaknya melihat bukti di akaun emel rasmi Pejabat Luar yang menerima kira-kira 5,000 emel, namun masih tidak dibuka minggu lalu.
Katanya, ia termasuklah emel dari pejabat menteri dan pemimpin dari parti pembangkang, Keir Starmer.
“Mereka tidak mungkin tahu (berapa ramai yang ditinggalkan) kerana mereka tidak membaca emel,” pemberi maklumat dipetik sebagai berkata.
Pejabat Luar dalam kenyataan balas bagaimanapun menyatakan pasukan krisisnya bekerja 24 jam untuk menerima emel dan panggilan.
Pihak pegawai memberikan anggaran yang berbeza-beza mengenai bilangan warga Afghanistan yang memenuhi syarat, namun tidak dapat menaiki penerbangan bagi program pemindahan yang kali terakhir adalah kelmarin.
Ketua Angkatan Bersenjata UK, Jeneral Sir Nick Carter menyatakan jumlah warga yang dipindahkan itu adalah melebihi ratusan.
Akhbar sayap kanan, The Sunday Times memetik kenyataan seorang menteri yang tidak dinamakan, yang berkata pihaknya yakin mereka sepatutnya boleh membawa lebih 800 hingga 1,000 orang lagi. – AFP
UK dikecam tinggalkan ratusan orang di Afghanistan
Disyorkan Untuk Anda :
- Benarkah 2 Calon Menteri Untuk Anggotai Kabinet Gagal Lepasi Tapisan SPRM?
- MKT UMNO Berikan ‘Peringatan Manja’ Kepada Kerajaan Keluarga Malaysia
- Fazura Raih RM2.16 Juta Dalam Masa 2 Jam Dengan Penjualan Tudung Online!!!
- PARALIMPIK: Liek Hou dapat undian mudah
- DAP Mahu Akta Anti Lompat Parti Di Laksanakan, Ehh… Dah Lupa Pada Gerakan 916?
- Rooney yakin Ronaldo tidak akan sertai City
- Ayda Jebat, Nabil Mahir bakal timang bayi perempuan
- Mahiaddin Di Dahulukan, Permintaan Rakyat Dan UMNO Di Ketepikan
- ‘Terima kasih PM beri kepercayaan untuk saya kekal pimpin MITI’
- PARALIMPIK: Bonnie bakal bergelar jutawan
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/08/30/as-musnahkan-kenderaan-sarat-dengan-bahan-letupan/