Alibaba pecat 10 kakitangan bocor maklumat serangan seksual

Alibaba pecat 10 kakitangan bocor maklumat serangan seksual

Alibaba pecat 10 kakitangan bocor maklumat serangan seksual

HANGZHOU: Alibaba Group memecat 10 kakitangan yang mendedahkan akaun pekerja yang terbabit dengan serangan seksual membabitkan seorang bekas pengurus, ketika syarikat gergasi perdagangan atas talian itu sedang berusaha menyelesaikan skandal berkenaan.

Minggu lalu, Alibaba mengumumkan secara dalaman bahawa mereka memecat sekumpulan pekerja yang berkongsi akaun seorang pekerja bernama Zhou, yang menuduh kejadian rogol oleh bekas pengurus.

Kesalahan mereka adalah termasuk berkongsi tangkap layar status yang dimuat naik oleh pekerja itu di domain awam.





Tiga lagi diberi amaran kerana mengeluarkan komen tidak munasabah di forum awam itu.

Akaun Zhou menjadi tular bulan lalu sehingga memberi kesan kepada syarikat kedua terbesar dari China itu.

Alibaba sebelum itu memecat pengurus yang dituduh, malah menerima pengunduran diri dua eksekutif kanan selepas kejadian itu menimbulkan perdebatan mengenai seksisme dalam dunia korporat.


Disyorkan Untuk Anda :


Ketua Pegawai Eksekutif, Daniel Zhang turut mengakui cara syarikatnya mengendalikan aduan itu sebagai ‘memalukan’.

Zhou mendakwa dia dipaksa minum secara berlebihan dan diganggu ketika dan selepas makan malam dengan pelanggan.





Tragedi itu menimbulkan rasa simpati yang meluas termasuk oleh pihak syarikat sendiri.

Alibaba terpaksa memecat 10 pekerja kerana mereka mencabuli polisi pekerjaan yang ketat, yang tidak boleh mendedahkan maklumat di forum pekerja.

Forum yang menjadi platform dalaman kepada 250,00 pekerja termasuk dari syarikat Ant Group adalah tidak terhad dalam perkongsian, namun syarikat sebelum ini sudah memecat pekerja kerana membocorkan maklumat.

Ketika ini tiada wakil Alibaba yang memberi maklum balas selepas diminta untuk memberikan komen.

Kejadian di Alibaba itu menerima kritikan kerana golongan wanita China sentiasa dilepas pandang dan dipaksa untuk menyertai aktiviti yang didominasi lelaki seperti minum bersama pelanggan, namun enggan mengakui apabila laporan itu diadukan.





Zhou dikatakan terpaksa menerangkan kejadian di akaunnya secara panjang lebar selepas mendakwa tiada perkembangan mengenai aduan yang dilakukannya sejak dua minggu lalu kepada penyelia dan sumber manusia, malah dia turut mengadakan protes di kafeteria Alibaba.

Syarikat kemudiannya menjalankan siasatan dalaman selepas video protes itu tersebar dan disaksikan oleh jutaan orang ramai, malah memberi teguran kepada ketua sumber manusia, menubuhkan ‘hotline’ bagi aduan gangguan seksual serta menubuhkan jawatankuasa tertinggi bagi menyelesaikan masalah berbangkit.

Mereka kemudian memutuskan memecat 10 pekerja selepas siasatan itu selesai, namun masih belum mengumumkan hasil siasatan kepada orang awam. – BLOOMBERG

Alibaba pecat 10 kakitangan bocor maklumat serangan seksual


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami

https://edisisiasat.com/2021/08/31/ahmad-faizal-mohon-maaf-isu-liga-super/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker