AZLEE SIFAT LAN PET PET SEORANG INSAN BAIK
AZLEE SIFAT LAN PET PET SEORANG INSAN BAIK
“Kalau tak kenal Lan Pet Pet, orang akan ingat macam tu, kita Senario dah 25 tahun… kita kenal hati budi Lan, dia seorang yang baik. Tohmahan begitu ia akan menjatuhkan fitnah, saya kenal Lan Pet Pet tu siapa, dia seorang yang suka bergurau senda dan happy go lucky,” ujar pelakon dan pelawak Azlee Senario.
Azlee menyifatkan rakannya iaitu Lan Pet Pet yang terkait dengan dakwaan menjual barangan terlarang adalah seorang individu yang baik dan ceria.
Sementara itu, Azlee berharap pengguna media sosial tidak terpengaruh dengan berita tidak sahih yang berlegar-legar di alam maya. Ujar Azlee atau nama sebenar Azlee Jaafar, sebarang berita yang tidak sahih dianggap satu fitnah yang akhirnya boleh menjatuhkan seseorang individu.
“Kalau kita tidak kenal pasti benda itu sahih atau tidak, jangan kita sebarkan benda-benda tak elok sebab ia akan menjatuhkan fitnah. Apabila jatuhkan fitnah, berdosa… Malaysia ada undang-undang, biarlah undang-undang yang menentukan,” katanya.
AZLEE SIFAT LAN PET PET SEORANG INSAN BAIK
Disyorkan Untuk Anda :
- Belum Angkat Sumpah, Peja Dah Buat Hal Lagi!!!
- Siapalah Cikgu Geografi Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan II
- Saya wanita tulen’
- Saintis tawar RM25000, sukarelawan sanggup dijangkit varian Delta dicari
- Cadangan Tubuh RCI Pendedahan Tommy Thomas, Kenapa Blok Pro Dr Mahathir Pula Yang Menggelabah Puyuh?
- PH gagal jatuhkan kerajaan PN melalui cara tebuk atap – Hadi
- Rindu menyanyi menebal : Misha Omar
- Ezza sanggup ‘dimadukan’ Remy Ishak
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/08/31/selepas-sedekad-33-buah-filem-melayu-klasik-terbaik-cathay-keris-bakal-ditayang-di-astro-buat-kali-pertama/