COVID-19: kematian global lepasi 4.5 juta
COVID-19: kematian global lepasi 4.5 juta
MOSCOW: Jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia telah melepasi 216.3 juta, manakala jumlah kematian melebihi 4.5 juta, lapor Sputnik.
Menurut data terbaharu Universiti Johns Hopkins, pada hari ini, terdapat 216,356,046 kes disahkan di dunia dan angka kematian pula berjumlah 4,500,309.
Sejak mula dikesan pada Mac 2020, Amerika Syarikat (AS) paling teruk terjejas berbanding negara lain, dengan lebih 38.7 juta rakyatnya telah dijangkiti dan meragut lebih 637,500 nyawa.
Menurut pakar penyakit berjangkit terkemuka AS, Anthony Fauci, negara itu mencatat kematian akibat COVID-19 lebih tinggi berbanding angka rasmi yang dilaporkan.
Sementara itu, data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mendapati purata harian kes baharu di AS meningkat kepada lebih 151,000 dan lebih 48 peratus orang Amerika belum lengkap divaksin. – BERNAMA
COVID-19: kematian global lepasi 4.5 juta
Disyorkan Untuk Anda :
- Belum Angkat Sumpah, Peja Dah Buat Hal Lagi!!!
- Siapalah Cikgu Geografi Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan II
- Saya wanita tulen’
- Saintis tawar RM25000, sukarelawan sanggup dijangkit varian Delta dicari
- Cadangan Tubuh RCI Pendedahan Tommy Thomas, Kenapa Blok Pro Dr Mahathir Pula Yang Menggelabah Puyuh?
- PH gagal jatuhkan kerajaan PN melalui cara tebuk atap – Hadi
- Rindu menyanyi menebal : Misha Omar
- Ezza sanggup ‘dimadukan’ Remy Ishak
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/08/31/ahmad-faizal-mohon-maaf-isu-liga-super/