EMMA AKMA SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN, BUANG KETUMBUHAN DALAM PERUT

EMMA AKMA SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN, BUANG KETUMBUHAN DALAM PERUT

“Alhamdulillah pembedahan sudah berjaya. Isteri (Emma) pun sudah dipindahkan semula ke wad dan dia berada dalam keadaan baik-baik saja. Memang besar sangat tumor (ketumbuhan) yang dikeluarkan itu. Isteri ada juga mengadu rasa sakit memandangkan ini pertama kali dia menjalani pembedahan.

“Buat masa ini, saya belum dapat berjumpa doktor untuk bertanya lanjut sebarang perkembangan lain. Apapun, jutaan terima kasih buat semua yang ambil berat dan mendoakan isteri saya,” demikian kata suami Pelakon Emma Akma, Mohd Anas Abd Razak atau Anas, 37, yang bersyukur segala urusan isterinya berjalan dengan lancar.

Emma selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam perutnya di Institut Kanser Negara (IKN), sekitar jam 4.30 petang, hari ini. Emma atau nama sebenarnya Noorakma Yunus, 52, dimasukkan ke IKN pada Jumaat lalu selepas menjalani pemeriksaan beberapa kali untuk kanser perut dihidapinya.

Terdahulu, dia tampil merayu bantuan orang ramai selepas disahkan menghidap kanser perut serta ketumbuhan cyst sebesar saiz bola sepak. Emma buntu kerana pembedahan segera ketumbuhan itu memerlukan kos sebanyak RM50,000.

Menurutnya, dana itu diperlukan kerana pembedahan perlu dilakukan secepatnya di hospital swasta. Ia kerana ketumbuhan itu dikhuatiri akan pecah dan boleh membawa maut.

Rintihan Emma itu ternyata mendapat perhatian luar biasa apabila dalam tempoh beberapa hari, jumlah sumbangan diperlukan sudah berjaya dikumpul. Tidak berlengah, dia terus mendapatkan temu janji pembedahan di IKN.





EMMA AKMA SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN, BUANG KETUMBUHAN DALAM PERUT


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/31/azlee-sifat-lan-pet-pet-seorang-insan-baik/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker