Ismail Sabri perlu segera bentang usul undi percaya – DAP

Ismail Sabri perlu segera bentang usul undi percaya - DAP

Ismail Sabri perlu segera bentang usul undi percaya – DAP

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu membentangkan segera usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat bagi menunjukkan beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen seperti ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata tiada sebarang alasan bagi penundaan sidang Parlimen dari 6 September kepada 13 September, jika usul berkenaan tidak tersenarai dalam agenda atau kertas aturan persidangan Dewan Rakyat.

“Jelas bahawa Parlimen sudah ditangguhkan satu minggu untuk membantu Ismail Sabri, yang berada di bawah kuarantin di rumah kerana menjadi kontak rapat dengan pesakit positif COVID-19.





“DAP menerima bahawa Perdana Menteri baharu perlu berada di Parlimen, ketika undi percaya sedang dipertimbangkan dan diputuskan oleh Parlimen. Namun, jika tidak ada usul undi percaya, apa gunanya atau alasan penangguhan Parlimen selama satu minggu? Tidak ada alternatif atau kompromi untuk mengadakan usul undi percaya di Parlimen, ia perlu dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jika Perdana Menteri tidak memasukkan usul undi percaya dalam agenda Parlimen, ia adalah tidak berperlembagaan.

“Pada 18 Ogos lalu, Yang di-Pertuan Agong bertitah supaya Perdana Menteri yang baharu perlu melalui undi percaya di Dewan Rakyat bagi menunjukkan beliau mendapat sokongan majoriti.

“Sebarang kegagalan Ismail Sabri untuk melakukannya akan menjadi penentangan terbuka yang boleh ditafsirkan sebagai penderhakaan yang disengajakan dan bersikap keras kepala terhadap Titah Diraja, yang akan menjadi permulaan yang tidak baik kepada kepemimpinannya sebagai Perdana Menteri,” katanya.


Disyorkan Untuk Anda :


Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan turut mengingatkan bahawa sebarang kegagalan untuk membentangkan undi percaya dan menentang titah Yang di-Pertuan Agong, akan merosakkan kredibiliti dan kepercayaan terhadap dirinya.





“Ismail Sabri tidak patut lupa apa yang terjadi kepada Perdana Menteri sebelumnya yang dilihat tidak taat secara terbuka sehingga menimbulkan rasa dukacita baginda.

“DAP tidak faham mengapa Ismail Sabri enggan mengemukakan usul undi percaya ketika Yang di-Pertuan Agong sudah mengumumkan beliau memenangi sokongan 114 Ahli Parlimen dan di tengah perbincangan bersama pembangkang untuk fokus memerangi wabak COVID-19, krisis ekonomi yang memusnahkan nyawa dan mata pencarian serta melakukan reformasi institusi bagi melindungi demokrasi berparlimen negara,” katanya.

Melainkan kata beliau, Ismail Sabri tidak yakin dengan sokongan penuh dan tidak berbelah bagi daripada Ahli Parlimen kerajaan.

“Tidak ada Perdana Menteri yang ingin menyambut Hari Merdeka pertamanya di bawah situasi seperti ini yang sekali lagi akan menimbulkan ketidakstabilan politik.

“Ini akan memberi kesan serius terhadap kemampuan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri untuk memimpin negara memerangi pandemik COVID-19 dan mengeluarkan ekonomi daripada kemelesetan, serta turut mempertaruhkan kredibiliti beliau bagi memenuhi janji untuk melaksanakan reformasi institusi seperti undang-undang antilompat parti yang menyekat Ahli Parlimen melompat parti demi kepentingan politik,” katanya.





Ismail Sabri perlu segera bentang usul undi percaya – DAP


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/31/pingat-emas-ziyad-di-batalkan-atas-alasan-teknikal/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker