Kematian pengawal keselamatan diklasifikasikan kes bunuh
Kematian pengawal keselamatan diklasifikasikan kes bunuh
IPOH: Polis mengklasifikasikan semula kes seorang pengawal keselamatan yang diserang ketika sedang bertugas di kolam renang sebuah kondominium di sini Disember tahun lalu, sebagai kes bunuh selepas mangsa meninggal dunia Jumaat lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya merujuk semula kes berkenaan kepada pihak pendakwa raya hari ini dengan mencadangkan pertuduhan lebih tinggi dikenakan kepada suspek.
“Polis mengklasifikasikan semula kes ini pada hari mangsa meninggal dunia mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum gantung sampai mati.
Disyorkan Untuk Anda :
- Belum Angkat Sumpah, Peja Dah Buat Hal Lagi!!!
- Siapalah Cikgu Geografi Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan II
- Saya wanita tulen’
- Saintis tawar RM25000, sukarelawan sanggup dijangkit varian Delta dicari
“Kes ini masih lagi menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwa raya,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Sabtu lalu, Mior Faridalathrash berkata, susulan insiden pada 29 Disember itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan suspek dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pada 6 Januari lalu kerana mendatangkan kecederaan parah dan kes akan disebut semula pada 9 September ini.
Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada tindakan suspek yang tidak berpuas hati terhadap pengawal keselamatan itu kerana cuba menghalang anak suspek menggunakan kolam renang yang tidak dibuka kepada orang ramai ketika itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, pengawal keselamatan itu meninggal dunia di rumahnya pada Jumaat lalu dan hasil bedah siasat pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, mendapati punca kematian disebabkan jangkitan pada paru-paru (Sepsis).
Bagaimanapun, ahli keluarga pengawal keselamatan berkenaan tidak berpuas hati dan mendakwa punca kematian disebabkan kejadian pukul pada tahun lalu. – BERNAMA
Kematian pengawal keselamatan diklasifikasikan kes bunuh
Disyorkan Untuk Anda :
- Cadangan Tubuh RCI Pendedahan Tommy Thomas, Kenapa Blok Pro Dr Mahathir Pula Yang Menggelabah Puyuh?
- PH gagal jatuhkan kerajaan PN melalui cara tebuk atap – Hadi
- Rindu menyanyi menebal : Misha Omar
- Ezza sanggup ‘dimadukan’ Remy Ishak
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/08/31/ahmad-faizal-mohon-maaf-isu-liga-super/