PARALIMPIK: Wei Lun melangkah bergaya ke suku akhir
PARALIMPIK: Wei Lun melangkah bergaya ke suku akhir
KUALA LUMPUR: Atlet boccia negara, Chew Wei Lun meneruskan rentak cemerlang apabila membenam cabaran atlet Republik Czech, Katerina Curinova 11-0, hari ini.
Kemenangan itu membolehkan Wei Lun melangkah bergaya ke suku akhir dengan mengungguli saingan peringkat Kumpulan B, tanpa kekalahan.
Pemenang pingat emas Sukan Para Asia 2018 dari Thailand, Witsanu Huadpradit berada di tempat kedua dan Korea Selatan, Jung Sung Joon di tempat ketiga.
Atlet kelahiran Johor Bahru itu memulakan misinya di Pusat Gimnastik Ariake dengan menewaskan pemain Brazil, Andreza Vitoria de Oliveira 5-2, sebelum menewaskan Huadpradit menerusi ‘tiebreak’ selepas terikat 3-3.
Dia kemudiannya menewaskan Sungjoon 9-3 sebelum menutup tirai kumpulan dengan keputusan 11-0 ke atas Curinova.
Wei Lun dijadual bertemu pemain China, Zhang Qi di pusingan suku akhir esok dalam usaha memburu tiket ke pentas separuh akhir.
Untuk rekod, ini adalah penampilan sulung Wei Lun di temasya Paralimpik dan penyertaan pertama Malaysia dalam sukan ini.
Sebelum temasya bermula, Wei Lun yang juga pemain ke-11 dunia dan pemain lelaki kelima terbaik Asia, meletak sasaran untuk mara ke suku akhir dan impiannya itu berhasil.
PARALIMPIK: Wei Lun melangkah bergaya ke suku akhir
Disyorkan Untuk Anda :
- Belum Angkat Sumpah, Peja Dah Buat Hal Lagi!!!
- Siapalah Cikgu Geografi Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan II
- Saya wanita tulen’
- Saintis tawar RM25000, sukarelawan sanggup dijangkit varian Delta dicari
- Cadangan Tubuh RCI Pendedahan Tommy Thomas, Kenapa Blok Pro Dr Mahathir Pula Yang Menggelabah Puyuh?
- PH gagal jatuhkan kerajaan PN melalui cara tebuk atap – Hadi
- Rindu menyanyi menebal : Misha Omar
- Ezza sanggup ‘dimadukan’ Remy Ishak
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/08/31/ronaldo-lengkap-ujian-perubatan/