Pingat Emas Ziyad Di Batalkan Atas Alasan Teknikal

TOKYO, 31 Ogos — Atlet lontar peluru paralimpik negara Muhammad Ziyad Zokefli beraksi pada acara lontar peluru F20 (kategori masalah pembelajaran) pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik malam ini.
Ziyad berjaya melakukan lontaran sejauh 17.94.
–fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
TOKYO, Aug 31 — National Paralympic shot putter Muhammad Ziyad Zokefli competed in the F20 shot put event (learning difficulties category) at the Tokyo 2020 Paralympic Games at the Olympic Stadium tonight.
Ziyad after successfully throwing as far as 17.94.
–fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED

Malaysia kehilangan satu pingat emas di Sukan Paralimpik, Tokyo,  apabila pingat yang dimenangi oleh jaguh lontar peluru telah dibatalkan atas alasan teknikal.

Difahamkan, delegasi Ukraine telah membuat protes kepada pihak penganjur kerana mendakwa Ziyad lambat memasuki callroom dan meminta agar membatalkan kemenangannya sejurus berakhir aksi final acara lontar peluru F20 di Stadium Olimpik sebentar tadi.

Ia sekali gus menyaksikan kemenangan Ziyad dengan catatan rekod dunia baharu menerusi lontaran sejauh 17.94 meter (m) dibatalkan serta merta dan ia turut tertera perkataan ‘DNS’ (Did not start) dalam laman web rasmi Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Bukan sahaja Ziyad, dua lagi atlet lain iaitu Todd Hodgetts (Australia) dan Congo Villalba Jordi Patricio (Ecuador) turut dibatalkan penyertaan mereka.

Bagaimanapun, wakil kontinjen negara juga dipercayai telah membuat bantahan semula terhadap pembatalan itu.





Jika mengikut kepada keputusan rasmi baharu di laman web berkenaan, pingat emas menjadi milik atlet Ukraine, Maksym Koval dengan catatan 17.34m, manakala perak dimenangi rakan senegaranya, Oleksandr Yarovyi (17.30m).

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker