Ayah… Merdeka Tu Apa, Ayah?
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 64
Hari ini 31 Ogos 2021, genap 64 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.
Apa erti kemerdekaan?
Mungkin sebahagian besar dari generasi X, generasi Y dan terutamanya generasi Z, masih lagi tidak memahami apa makna kemerdekaan.
Bagi mereka, Hari Kebangsaan yang setiap tahun disambut pada 31 Ogos adalah hari cuti am di seluruh negara.
Kepada pelajar sekolah, setiap tahun, pada Hari Kebangsaan tidak perlu bangun pagi untuk pergi ke sekolah, bagi pelajar kolej dan anak-anak yang baru melangkah ke alam perkerjaan, Hari Kebangsaan adalah satu lagi hari cuti umum untuk berehat dan kalau rajin, bolehlah pacak bendera di hadapan rumah atau kalau lagi rajin, bolehlah tenguk perarakan Hari Kemerdekaan.
Lebih 75% dari rakyat Malaysia yang ada pada hari ini dilahirkan di era pasca kemerdekaan, jadi kita tidak dapat menghayati dengan sebenar-benarnya maksud kemerdekaan untuk negara.
Pada anak-anak muda, termasuk juga generasi X, generasi Y dan generasi Z, kemerdekaan bukan sekadar kita memacakkan bendera Jalur Gemilang, kemerdekaan bukan sekadar kita menghadiri perarakan Hari Kebangsaan dan yang paling penting untuk kita fahami ialah, kemerdekaan yang kita nikmati hari ini tidak diperolehi dengan mudah dan percuma oleh generasi dahulu.
Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah hasil dari perjuangan dan pengorbanan generasi datuk dan nenek kita yang terdahulu.
Secara ringkas, segala-galanya bermula apabila penjajah British mahu menubuhkan Malayan Union di Tanah Melayu.
Sekiranya Malayan Union berjaya ditubuhkan, kuasa pemerintahan akan sepenuhnya berada di tangan penjajah British melalui Gabenor Malayan Union.
Raja Raja Melayu tidak mempunyai apa-apa kuasa pentadbiran dan kuasa Raja Raja Melayu dihadkan hanya perkara yang bersangkutan adat resam dan ugama sahaja.
Manakala semua perbendaharaan negeri akan berada dalam kawalan British kecuali perbendaharaan yang berkaitan dengan ugama Islam.
2 perkara yang menjadi pantang larang orang Melayu apabila ianya diganggu gugat oleh orang luar, iaitu Ugama Islam dan Raja Melayu.
Apabila menyedari strategi licik British yang mula mahu menyentuh Ugama Islam dan kedudukan Raja Raja Melayu, gelombang penolakan terhadap Malayan Union mula tercetus di kalangan bangsa Melayu hingga akhirnya British terpaksa mengalah.
Disyorkan Untuk Anda :
- Belum Angkat Sumpah, Peja Dah Buat Hal Lagi!!!
- Siapalah Cikgu Geografi Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan II
- Saya wanita tulen’
- Saintis tawar RM25000, sukarelawan sanggup dijangkit varian Delta dicari
Bertitik tolak dari itu, bermulalah penyatuan bangsa Melayu yang mula memikirkan tentang kemerdekaan Tanah Melayu selepas beratus tahun dibelenggu penjajah.
Benar, kemerdekaan negara diperolehi tanpa setitis darah pun yang tumpah di atas bumi keramat ini, kerana kemerdekaan negara dicapai dengan kebijaksanaan Bapa Bapa Kemerdekaan kita di meja rundingan.
Tapi jangan dilupa, dalam setiap perjuangan, pengorbanan merupakan tuntutan utama.
Orang Melayu berkorban tenaga, berkorban harta untuk menghantar Bapa Kemerdekaan, Al Marhum Tunku Abdul Rahman dan rombongan ke England bagi membincangkan tentang kemerdekaan Tanah Melayu.
Hasil dari kesabaran di dalam perjuangan kemerdekaan, maka tanggal 31 Ogos 1957, akhirnya Tanah Melayu secara rasmi telah diberikan kemerdekaan oleh British.
Ianya disambut dengan kesyukuran, laungan Merdeka dari Al Marhum Tunku di Stadium Merdeka diiring dengan linangan airmata dari anak watan di seluruh negara.
Kini, kita tidak perlu lagi berjuang untuk memerdekakan negara, tetapi kita perlu berusaha untuk mengisi kemerdekaan negara tercinta ini supaya negara kita ini dapat kita wariskan kepada generasi yang akan datang dalam keadaan yang lebih baik sewaktu kita menerimanya dari generasi sebelum kita.
Ingat kata-kata orang bijak pandai, kesenangan dan keselesaan yang kita nikmati hari ini adalah pinjaman dari generasi sebelum kita dan wajib kita pulangkan semula kepada generasi yang akan datang.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 64.
MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
Disyorkan Untuk Anda :
- Cadangan Tubuh RCI Pendedahan Tommy Thomas, Kenapa Blok Pro Dr Mahathir Pula Yang Menggelabah Puyuh?
- PH gagal jatuhkan kerajaan PN melalui cara tebuk atap – Hadi
- Rindu menyanyi menebal : Misha Omar
- Ezza sanggup ‘dimadukan’ Remy Ishak
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/08/31/ahmad-faizal-mohon-maaf-isu-liga-super/