SELEPAS SEDEKAD, 33 BUAH FILEM MELAYU KLASIK TERBAIK CATHAY-KERIS BAKAL DITAYANG DI ASTRO BUAT KALI PERTAMA

SELEPAS SEDEKAD, 33 BUAH FILEM MELAYU KLASIK TERBAIK CATHAY-KERIS BAKAL DITAYANG DI ASTRO BUAT KALI PERTAMA

Demi menghormati pelakon klasik berbakat besar, Astro telah bekerjasama dengan I.E. Entertainment yang berpengkalan di Singapura untuk membawa 33 buah filem terbaik Melayu Klasik daripada penerbit filem-filem Melayu terkemuka era terdahulu iaitu, Cathay-Keris Films.

“Pihak kami rasa amat berbesar hati dan teruja dapat bekerjasama bersama Cathay-Keris Films menerusi syarikat pengedarnya di rantau Asia, I.E. Entertainment Pte. Ltd. dalam membawakan 33 filem melayu klasik terbaik untuk dipersembahkan kepada penonton Malaysia dan Brunei menerusi platform Astro.

“Menariknya, kesemua filem tersebut akan ditayangkan semula setelah lebih 10 tahun tidak dipertontonkan di mana-mana platfrom televisyen berbayar Malaysia. Kami percaya nilai hiburan di dalam 33 filem ini pasti akan mengubati rindu penonton dengan karya-karya yang pernah mengecapi kegemilangan suatu ketika dahulu.





“Malah dalam pada yang sama memperkenalkan kepada generasi baru kepada filem melayu klasik. Lebih istimewa, filem-filem ini juga adalah sebagai tanda penghargaan buat barisan penerbit serta produksi gergasi, dan nama-nama besar yang pernah mewarnai industri perfileman melayu seperti Nordin Ahmad, Latifah Omar, Hajah Umi Kalsom, Mat Sentul dan ramai lagi.

“Kami harap initiatif ini mampu membuatkan karya-karya seni tempatan sentiasa dihargai dan tidak lapuk ditelan zaman,” kata Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad.

“Saya rasa amat gembira dengan usaha Astro dalam mempersembahkan Filem Klasik Melayu di Malaysia dan Brunei menerusi platform Astro. Kami percaya Astro adalah rakan kerjasama terbaik dalam mengembalikan nostalgia filem klasik Melayu daripada arkib Cathay-Keris Films kepada penonton muda yang akan menontonnya buat pertama kali sekali gus melihat bagaimana pembikinan filem yang telah berkembang selama bertahun-tahun.

SELEPAS SEDEKAD, 33 BUAH FILEM MELAYU KLASIK TERBAIK CATHAY-KERIS BAKAL DITAYANG DI ASTRO BUAT KALI PERTAMA

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/31/fizo-omar-tak-puas-hati-suami-antivaksin-talakkan-isteri-cucuk-vaksin/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker