Serie A: Giroud, Abraham cemerlang
Serie A: Giroud, Abraham cemerlang
BEKAS pemain Chelsea, Olivier Giroud dan Tammy Abraham tampil cemerlang bersama AC Milan dan AS Roma apabila membantu pasukan masing-masing merangkul kemenangan selesa yang membolehkan mereka mencatatkan kemenangan dari dua perlawanan pembukaan musim ini.
Penyerang Perancis, Giroud, yang tidak terpilih untuk beraksi dalam aksi kelayakan Piala Dunia bersama Les Bleus membantu pasukan itu mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Cagliari di San Siro manakala Abraham mencetak gol ketika Roma melakar kemenangan 4-0 ke atas Salernitana.
Giroud yang diberikan jersi bernombor sembilan di Milan, menjaringkan gol ketiga dan keempat ketika mereka meraih kemenangan mudah di San Siro.
Nama Giroud dilaungkan oleh sebahagian besar daripada 31, 000 penyokong Milan yang hadir menyaksikan perlawanan itu yang tampil cemerlang di bawah kendalian Stefano Pioli.
“Saya sangat bangga bermain untuk Milan dan bermain di stadium San Siro. Ia satu emosi yang hebat.
“Saya percaya pada diri dan kemampuan. Ketika saya kecil saya menyaksikan Van Basten, Papin dan Inzaghi dan memakai jersi mereka membuatkan saya gembira,” katanya
Sandro Tonali meletakkan Milan di hadapan pada minit ke-12 sebelum disamakan oleh Alessandro Deiola sebelum Rafael Leao menggandakan kedudukan untuk Milan.
Giroud kemudiannya hadir menerusi dua gol hasil larian menarik pada minit ke-24 sebelum menyudahkan penalti pada dua minit sebelum separuh masa pertama berakhir.
Dalam pada itu, Abraham pula membuka akaun golnya bersama Roma dengan jaringan pada minit ke-69 sekali gus memberikan kemenangan selesa 4-0 buat pasukan kendalian Jose Mourinho itu ke atas pendatang baharu Serie A, Salernitana.
“Pasukan saya bermain baik hari ini dan menguasai perlawanan. Pemain penyerang juga beraksi dengan baik dan tajam di hadapan gol,” kata Mourinho.
Serie A: Giroud, Abraham cemerlang
Disyorkan Untuk Anda :
- Belum Angkat Sumpah, Peja Dah Buat Hal Lagi!!!
- Siapalah Cikgu Geografi Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan II
- Saya wanita tulen’
- Saintis tawar RM25000, sukarelawan sanggup dijangkit varian Delta dicari
- Cadangan Tubuh RCI Pendedahan Tommy Thomas, Kenapa Blok Pro Dr Mahathir Pula Yang Menggelabah Puyuh?
- PH gagal jatuhkan kerajaan PN melalui cara tebuk atap – Hadi
- Rindu menyanyi menebal : Misha Omar
- Ezza sanggup ‘dimadukan’ Remy Ishak
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/08/31/paralimpik-wei-lun-melangkah-bergaya-ke-suku-akhir/