SHARNAAZ MAHU JADI YANG TERBAIK UNTUK JEBAT

SHARNAAZ MAHU JADI YANG TERBAIK UNTUK JEBAT

“My little Man @jebatjayden. Hey boy, nanti dah pandai baca, baca ok.. Baba syg cek, baba will always be there and have ur back.. no matter how hard and bad life will hit you day by day.. And baba mintak maaf kalau baba not good enough for you.. but I’ll try my very best to fulfill all your dreams..

“Today boy dah 3 tahun, soon akan mula membesar dgn pantas dah.. I just want to plant it here so that you know.. you can grow older and wiser, but you will always be my little spiderman that loves ayam bakar, skeleton, spiderman and perempuan cantik..





“Happy birthday My Boy Jebat Jayden Ahmad B Sharnaaz Ahmad .. happy birthday to baba too.. My only son, My forever No 1.. kepada yg nak apply jadi mak tiri boleh hantaq resume pada Ceo @jebatjayden..,” tulis pelakon Sharnaaz Ahmad yang berharap anak kesayangannya, Jebat Jayden Ahmad membesar dengan baik.

Coretan pelakon drama ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ itu yang dimuat naik menerusi laman Instagram itu adalah sempena ulang tahun kelahiran ke-3 anak lelakinya itu pada hari ini (30 Ogos 2021). Lebih istimewanya, Jebat berkongsi sama tarikh lahir dengan Sharnaaz.

Sementara itu, bekas isteri Sharnaaz, usahawan yang juga merupakan kakak kepada pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa iaitu Noor Nabila turut menitipkan ucapan hari lahir buat anak sulungnya ini. Dalam masa sama, suami baru Nabila, Engku Emran juga tidak terlepas memberikan ucapan buat anak tirinya.

Untuk makluman, Sharnaaz berkahwin Nabila pada 31 Mac 2017. Bagaimanapun, pasangan ini sah bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Hasil perkahwinan tersebut, Sharnaaz dan Nabila dikurniakan anak lelekai yang sudah berusia tiga tahun.

Nabila kemudiannya bertemu dengan cinta hati baharu, Engku Emran dan diijabkabulkan pada 18 Mac lalu.





SHARNAAZ MAHU JADI YANG TERBAIK UNTUK JEBAT


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/31/netizen-persoal-alat-sulit-suami-ayda-jebat-tampil-bidas/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker