Susu ibu menjadi ‘komoditi’

Susu ibu menjadi 'komoditi'

Susu ibu menjadi ‘komoditi’

Beijing: Media di China pada Ahad mendedahkan kegiatan penjualan susu badan secara haram menerusi beberapa laman sosial negara itu, sekali gus membangkitkan perdebatan soal etika, keselamatan dan kesihatan.

Susu itu dilaporkan dijual antara 500 yuan hingga 2,000 yuan (RM322 hingga RM1,289) bagi 500 gram dengan ramai pembeli mendapatkannya untuk bayi mereka dan ada juga untuk minuman buat orang dewasa.

Menurut Global Times, pasaran haram itu berfungsi di Baidu Tieba dan platform perdagangan barang terpakai Xianyu, Zhihu dan Sina Weibo.





Selepas pendedahan dibuat, ramai peniaga mula memadamkan iklan jualan mereka atau menutup akaun, malah ‘susu badan manusia’ menjadi topik bualan hangat di Sina Weibo sepanjang minggu dan menarik lebih 500 juta tontonan.


Disyorkan Untuk Anda :


Dalam portal Baidu Tieba, terdapat 320,000 pengguna dan lebih 120,000 hantaran mengenai susu badan yang kebanyakannya adalah ibu yang menawarkan susu untuk dijual serta mendakwa ia selamat diminum serta bersih.

Global Times juga menjumpai dakwaan pengguna yang menyiarkan iklan bersama laporan keselamatan susu itu, selain terdapat carian terhadap ibu susuan.

Portal berita thepaper.cn memetik pembeli yang mendakwa membeli susu badan untuk diminum kerana percaya kandungan nutrisinya baik untuk orang dewasa dan merawat masalah jerawat.

Lebih 1,000 pengguna Baidu Tieba pula mengiklankan susu badan segar atau sejuk beku boleh dihantar ke pelbagai bandar di China dengan kos penghantaran antara 15 hingga 50 yuan (RM9 hingga RM32).





Sementara itu, carian susu badan dalam platfom Xianyu tidak menemui apa-apa namun iklan mengenainya boleh diperoleh dalam ruangan komen bagi jualan produk lain seperti sabun dan beg susu.

Profesor undang-undang dari Universiti Maritim Shanghai, Cao Yanchun dalam laporan berkata, susu badan termasuk sifat etika manusia dan berkait isu keselamatan dan kesihatan awam.

Bagaimanapun, katanya, tidak ada peraturan dan agensi pengawasan yang jelas dalam mengurus dan mengawal transaksi penjualan susu badan di China.

Hanya terdapat notis pentadbiran yang dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan China pada 2000, yang jelas melarang penjualan dan pembelian susu jenis itu.

Pendedahan media mengenai pasaran haram susu badan sudah bermula sejak 2013 dengan pemantau industri mendesak kerajaan mewujudkan peraturan yang mengekang penjualan itu.





Susu ibu menjadi ‘komoditi’

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/08/31/ahmad-faizal-mohon-maaf-isu-liga-super/

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker