Ziyad mahu pertahankan emas demi kemerdekaan negara
Ziyad mahu pertahankan emas demi kemerdekaan negara
Kuala Lumpur: Hari Kebangsaan ke-64 esok mungkin sesuatu yang bakal dikenang selama-lamanya oleh penyandang rekod dunia dan Sukan Paralimpik, Muhammad Ziyad Zolkefli sekiranya dapat mempertahankan pingat emas yang dimenanginya lima tahun lalu di Rio pada Paralimpik Tokyo kali ini.
Ketika ini, atlet yang bakal beraksi dalam acara lontar peluru F20 itu berada pada prestasi terbaik dan diharap mampu menyinar seperti ketika lima tahun lalu di Rio.
Pada masa itu, Ziyad memecah rekod temasya dengan catatan baharu 16.84 meter (m) untuk meraih emas sekali gus memadam rekod milik atlet Australia, Todd Hodgetts.
Jurulatih para kebangsaan, R Jaganathan berkata, Ziyad yang bakal beraksi kali ketiga di Sukan Paralimpik berada dalam keadaan 100 peratus bersiap sedia bagi menghadapi saingan berkenaan.
“Secara fizikal dan mentalnya, Ziyad sudah bersedia. Dia tenang, hanya menunggu hari pertandingan saja dan dia akan buat yang terbaik esok.
“Dia tak berada dalam tekanan, dia tenang, dia berlatih dengan gembira. Bagi saya, dia akan menghadiahkan pingat emas, melakukan yang terbaik dan mencatat catatan peribadi terbaiknya.
“Setakat ini, Malaysia sudah meraih satu emas dan satu perak, jadi Ziyad akan meraih pingat emas kedua esok,” kata Jaganathan mengenai anak didiknya itu yang mencatat rekod dunia 17.29m di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.
Antara pencabar Ziyad esok adalah peserta dari Ukraine, Maksym Koval yang berjaya meraih emas di Kejohanan Olahraga Para Dunia yang berlangsung di Dubai pada 2019 dengan catatan 17.11m manakala Ziyad berada di tempat kedua, 17.03m.
Pemenang pingat gangsa pada ketika itu, Efstratios Nikolaidis dari Greece yang melakukan 16.61m turut berada dalam senarai lapan peserta final di Tokyo bersama Hodgetts.
Ziyad mahu pertahankan emas demi kemerdekaan negara
Disyorkan Untuk Anda :
- Belum Angkat Sumpah, Peja Dah Buat Hal Lagi!!!
- Siapalah Cikgu Geografi Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan II
- Saya wanita tulen’
- Saintis tawar RM25000, sukarelawan sanggup dijangkit varian Delta dicari
- Cadangan Tubuh RCI Pendedahan Tommy Thomas, Kenapa Blok Pro Dr Mahathir Pula Yang Menggelabah Puyuh?
- PH gagal jatuhkan kerajaan PN melalui cara tebuk atap – Hadi
- Rindu menyanyi menebal : Misha Omar
- Ezza sanggup ‘dimadukan’ Remy Ishak
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/08/31/serie-a-giroud-abraham-cemerlang/