Beri lebih banyak tunai, tingkat keyakinan rakyat berbelanja, Najib beritahu kerajaan
Beri lebih banyak tunai, tingkat keyakinan rakyat berbelanja, Najib beritahu kerajaan
PETALING JAYA: Najib Razak menggesa kerajaan meningkatkan kitaran wang tunai, dengan memberi lebih banyak bantuan kepada rakyat, selepas medan selera berusia 22 tahun di pusat beli-belah Suria KLCC menamatkan operasi hari ini.
Bekas perdana menteri itu berkata, kerajaan bertanggungjawab memulihkan keyakinan rakyat untuk keluar rumah dan berbelanja semula.
“Rakyat tak rasa selamat untuk berjalan-jalan dan makan di luar rumah selagi angka kes Covid-19 masih tinggi, biarpun kelonggaran untuk ‘dine-in’ dah lama diberi.
“Pulihkan kemampuan rakyat untuk berbelanja dengan menaikkan semula kitaran wang tunai bagi ekonomi tempatan, iaitu ‘putting money into people’s hands’,” katanya di Facebook.
Terdahulu, warganet berkongsi notis ringkas penutupan Rasa Food Arena KLCC mulai hari ini, sejak beroperasi 22 tahun lalu.
“Dengan dukacitanya, kami mengumumkan penutupan kekal Rasa Food Arena Suria KLCC bermula 1 Sept 2021. Terima kasih untuk pengalaman selama 22 tahun, ia adalah keseronokan terindah untuk melayani anda,” menurut notis itu.
Najib menyuarakan kebimbangan terhadap warung dan restoran biasa yang mungkin menerima nasib sama akibat impak Covid-19.
“Sekiranya ‘food court’ tingkat 4 KLCC yang popular sejak 22 tahun lalu pun terpaksa henti operasi bermula hari ini, apakah nasib warung-warung dan restoran biasa?” soalnya.
Beri lebih banyak tunai, tingkat keyakinan rakyat berbelanja, Najib beritahu kerajaan
Disyorkan Untuk Anda :
- SEORANG LELAKI RENTUNG SELEPAS KERETA TERBABAS DAN TERBAKAR DI KILOMETER 407 LEBUHRAYA PLUS (VIDEO)
- PINGAT EMAS ZIYAD DI BATALKAN ATAS ALASAN TEKNIKAL
- Cadangan Tubuh RCI Pendedahan Tommy Thomas, Kenapa Blok Pro Dr Mahathir Pula Yang Menggelabah Puyuh?
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/01/peguam-negara-arah-siasatan-lanjut-pesanan-ringkas-peguam-cemar-imej-kehakiman/