Bomba bantu wanita tertusuk besi di tangan

Bomba bantu wanita tertusuk besi di tangan
ALOR SETAR: Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dipanggil untuk membantu seorang wanita yang tertusuk besi di tangan kanan di bilik air rumahnya di Jalan Langgar, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan khidmat khas menyelamat itu pada jam 7.14 pagi tadi.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar yang diketuai Fisol Kadir tiba di lokasi jam 7.22 pagi.
“Setibanya di lokasi didapati terdapat seorang wanita berusia 23 tahun berada dalam bilik air dengan keadaan pergelangan tangan kanan mangsa telah tertusuk serpihan besi sepanjang 5.08 sentimeter (dua inci).
Disyorkan Untuk Anda :
- AGENDA UTAMA ZAHIDI SEBAGAI TIMBALAN MENTERI ADALAH ‘HALALKAN’ TANAMAN KETUM?
- ANAK PAPA MAHU KERJA KERAS
- Perdana Menteri Dedahkan Kegagalan KJ
Mohamadul Ehsan berkata, mangsa yang mengalami kecederaan luka terbuka hampir satu inci pada tempat tusukan itu.
Beliau berkata, komander operasi kemudian memaklumkan mangsa dibawa ke sebuah hospital swasta oleh keluarganya bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.41 pagi,” katanya.
Bomba bantu wanita tertusuk besi di tangan
Disyorkan Untuk Anda :
- SEORANG LELAKI RENTUNG SELEPAS KERETA TERBABAS DAN TERBAKAR DI KILOMETER 407 LEBUHRAYA PLUS (VIDEO)
- PINGAT EMAS ZIYAD DI BATALKAN ATAS ALASAN TEKNIKAL
- Cadangan Tubuh RCI Pendedahan Tommy Thomas, Kenapa Blok Pro Dr Mahathir Pula Yang Menggelabah Puyuh?
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/01/hilang-penat-lihat-bayi-bernyawa/