Czer? Ayda Jebat tiada alasan spesifik

Czer? Ayda Jebat tiada alasan spesifik
AYDA JEBAT dan suami, kini menghitung hari untuk menimang cahaya mata sulung mereka

Czer? Ayda Jebat tiada alasan spesifik

HARI berganti hari, kemanisan rumah tangga Ayda Jebat dan Nabil Mahir dalam melayari hidup berdua sejak diijabkabulkan pada 1 Januari lalu bakal diserikan dengan kehadiran si kecil permata hati, berbaki kurang sebulan dari sekarang.

Seperti wanita lain, rasa teruja bercampur gementar sudah semestinya bersarang dalam hati tatkala menuju detik kelahiran bayi yang dikandung badan akan mula celik melihat dunia.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat sepatutnya melahirkan anak sulungnya pada 8 Oktober depan.

Bagaimanapun, keputusannya memilih kaedah pembedahan caesarean atau czer membuatkan Ayda perlu melahirkan bayi sulungnya dua minggu lebih awal daripada tarikh sebenar. Maka, dia dijangka bersalin pada hujung September ini.





Ditanya tentang keputusan memilih kaedah pembedahan atau caesarean  (czer) dan bukannya normal seperti kebiasaan wanita hamil, Ayda mengakui tiada sebab tertentu atas alasan tersebut.

“Sebenarnya sebelum kahwin lagi saya sudah beritahu kepada Nabil yang saya mahu lalui proses pembedahan andainya ada rezeki menimang cahaya mata.

“Memang tiada sebab tertentu. Bila doktor bertanya mahu bersalin normal atau bedah, saya terus jawab mahu ‘czer’. Tidak kisahlah bersalin macam mana pun, asalkan saya dan bayi sihat,” jelasnya ketika bersua menerusi sesi santai bersama rakan media yang diadakan secara maya pada Jumaat lalu.

Czer? Ayda Jebat tiada alasan spesifik
SEJAK mengetahui jantina bayi mereka, Ayda dan suami menyimpan rapi rahsia tersebut tanpa pengetahuan semua orang termasuk keluarga sendiri

Dikecam kerana czer

Sejurus perkara tersebut dikongsikan kepada umum, pelantun lagu Parah Parah itu tiba-tiba diserang netizen, hanya kerana pilihannya mahu bersalin secara pembedahan.

Ada yang menyifatkan tindakan penyanyi itu tidak menggambarkan pengalaman dan perasaan sebenar bergelar seorang ibu.





Malah tidak kurang juga yang melemparkan kata-kata nista kepada Ayda selain memperlekehkan keputusan tersebut kerana memilih kaedah untuk mengelakkan rasa sakit ketika meneran, situasi normal dialami kaum wanita ketika melahirkan bayi.


Disyorkan Untuk Anda :


Tenang menjawab segala kritikan, penyanyi itu menerusi hantaran dalam Instagram berkata, tidak kira secara normal atau czer, tujuannya adalah sama iaitu mahu ibu serta anak dalam kandungan selamat dan sihat.

“Saya baca ramai yang hantar mesej dan komen kata macam-macam tentang pilihan melahirkan secara czer dantak nak komen tentang itu. Saya di sini hanya untuk menyebarkan perkara positif.

“Kepada ibu-ibu yang pilih atau memang terpaksa bedah atas faktor kesihatan serta keselamatan, tolong jangan malu, sedih dan tertekan. Ada yang sampai rahsiakan kena bedah sebab takut dan malu digelakkan serta diperlekehkan oleh ibu yang beranak normal. Kenapa sampai jadi macam ini?

“Keluar kat mana pun. Menyusu badan atau tidak, tiada kesan kedutan atau tidak, perut masa mengandung kecil atau besar, tolong ingat bahawa kalian tetap seorang ibu. Ibu yang sebenar, tak kira apa pun,” kata Ayda yang belum memutuskan nama bayinya setakat ini.





Czer? Ayda Jebat tiada alasan spesifik
DEMI mengelakkan dirinya berasa gelisah, Ayda tidak meminta tips atau nasihat daripada orang lain dan lebih gemar bertanya mengenai kehamilan daripada kakak Nabil atau doktor.

Elak berita menakutkan

Sebagai persiapan rapi bergelar ibu dan bapa, Ayda serta Nabil sudah menyediakan semua kelengkapan untuk menyambut kelahiran bayi mereka.

Lebih manis, rezeki anak mereka sangat luas biarpun belum dilahirkan kerana semua kelengkapan tersebut ditaja oleh beberapa jenama seperti kereta tolak bayi dan tempat tidur.

“Sebelum bayi keluar, ada beberapa jenama dah mula nak tawarkan dia jadi duta produk. Alhamdulillah ini rezeki untuk bayi kami.

“Kalau tanya tentang media sosial anak, mestilah kena buka. Kata anak selebriti, mesti kena ada Instagram,” seloroh Ayda.

Nabil yang berada di sisi isteri turut mencelah dengan berkongsi bahawa dia kini giat menambah ilmu tentang dunia keibubapaan.





“Saya layan YouTube tengok video tentang tips keibubapaan. Contohnya macam mana nak tukar lampin pakai buang, bancuh susu dan cara nak sendawakan bayi,” ujarnya.

Sementara itu tambah Ayda yang popular menerusi drama Cindai, dia sebetulnya sangat takut menjalani proses kehamilan memandangkan suasana sekarang yang masih berperang dengan musuh Covid-19.

Disyorkan Untuk Anda :

Disebabkan itu dedah Ayda, dia sudah lama tidak keluar rumah kecuali ke hospital atas tujuan pemeriksaan kesihatan. Malah persediaan menyediakan barangan keperluan bayi dilakukan secara dalam talian.

“Waktu pandemik memang saya takut sangat nak keluar. Barang bayi semua beli dalam online.

“Kalau boleh, memanglah saya tak nak terlampau fikir yang bukan-bukan. Contohnya kalau baca apa-apa berita berkaitan Covid-19, cepat-cepat saya langkau. Sebab bila fikir, saya akan jadi takut dan membawa kepada kegelisahan,” katanya lagi.





PENGALAMAN pertama melahirkan anak dan memilih kaedah czer, Ayda mengaku terpaksa memberanikan diri, namun hatinya sedikit lega kerana Nabil dibenarkan menemaninya di dalam bilik pembedahan nanti.

 

Ibu hamil vs vaksin

Sejak berbadan dua, Ayda dilihat sebagai seorang selebriti yang sangat rajin berkongsi dan meminta tips daripada wanita di luar sana tentang proses dan pengalaman sepanjang kehamilan.

Malah dia antara yang paling aktif menyebarkan kepentingan mendapatkan suntikan vaksin buat golongan ibu hamil atas faktor keselamatan.

Ayda menasihatkan agar golongan itu lebih baik mengambil langkah pencegahan dan ikhtiar melindungi diri dengan suntikan vaksin kerana mereka kerap keluar masuk ke hospital, iaitu lokasi yang mempunyai risiko tinggi untuk terdedah kepada bahaya wabak Covid-19.

“Salah satu sebab saya ambil vaksin kerana selalu ke hospital untuk lakukan pemeriksaan bulanan.

“Memang ramai yang takut sebab mereka bimbang akan bahayakan bayi dalam kandungan. Tapi saya cuma sebarkan perkara positif kepada semua. Kalau mahu tanya apa-apa, di pusat pemberian vaksin ada doktor. Boleh tanya kepada mereka apa sahaja soalan.

“Jangan takut. Bukan saya sahaja, tetapi sudah ramai wanita hamil lain di luar sana yang dah cucuk vaksin. Ada yang dah selamat melahirkan pun,” ujarnya yang selesai menerima dua dos suntikan vaksin jenis Pfizer.

Czer? Ayda Jebat tiada alasan spesifik


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/01/jam-apa-pm-pakai-tu-aaron-aziz/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker