EINA AZMAN & SUAMI POSITIF COVID-19 KETIKA ANNIVERSARY
EINA AZMAN & SUAMI POSITIF COVID-19 KETIKA ANNIVERSARY
“Salam semua. Dukacita saya ingin maklumkan saya, suami dan 2 bibik saya, Bik Mega dan Bikna didapati positive Covid-19. Macam nak gugur jantung ni bila dapat result. Sebab saya selalu buat covid test. Even last week saya dan suami baru saja buat covid test sebelum buat surgery and result yang keluar negative.
“Saya taktau macam mana dalam seminggu saya boleh kena. Sedih ya amat bila terpaksa tengok Aubreykarl buat covid test dengan menangis. Saya memang tak sampai hati tengok. Sementara tunggu result hati ni risau sangat fikir apa jadi kalau kena dekat Aubreykarl or bibik-bibik? Macam mana nak handle?” demikian kongsi Datin Paduka Eina Azman menerusi posting di laman Instagramnya.
Tulis Eina, dia dan suaminya positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan ketika menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka.
Selain dia dan bersama suami, dua lagi pembantu rumah turut didapati positif Covid-19. Awalnya, minggu lalu mereka telah membuat ujian saringan dan mendapat keputusan negatif, namun keadaan tiba-tiba berubah apabila bertukar kepada keputusan positif.Disyorkan Untuk Anda :
Disyorkan Untuk Anda :
- ISMAIL SABRI PERLU SEGERA BENTANG USUL UNDI PERCAYA – DAP
- “INI BUKAN ISU BANGSA, POLITIK” – HARITH ISKANDER TUNTUT KEADILAN UNTUK THAVA SAGAYAM
- SAMAKAN LAWAK DENGAN POLITIK, SHAHROL SHIRO DITEGUR HANS ISAAC
“Ya allah taktau nak cakap macam mana. Tapi Alhamdullilah nasib baik Aubreykarl negative dengan kakak saya Wenny Azman. Sekarang saya dah mula demam panas dan dah start batuk. Cuma keadaan suami saya kurang okay sebab demam terlalu panas dan oxygen dia turun naik. So every 2 days kami kena pergi hospital untuk jumpa doktor untuk monitor dan X-ray.
“Hari ini pula our anniversary jadi pula macam ni. Ya Allah memang speechless. Apapun saya percaya ini semua ketentuan Allah dan kami terima dengan hati yang terbuka. Saya minta tolong semua doakan untuk kami sekeluarga bersama bibik-bibik semua kembali sihat seperti biasa.
“Kepada sesiapa yang close contact dengan kami if rasa tak sihat tolong pergi swab test ya. If anyone yang ada experience dengan covid tolong share kalau ada apa-apa petua yang boleh kami amalkan. Anyway Happy Anniversary Sayang Ku Dato Paduka Kaiser tiada apa yang I minta hanya doa I nak you sihat semula macam biasa. Stay strong we can do this together. Love you so much sayang,” tambahnya lagi.
Sumber: Eina Azman
EINA AZMAN & SUAMI POSITIF COVID-19 KETIKA ANNIVERSARY
Disyorkan Untuk Anda :
- SEORANG LELAKI RENTUNG SELEPAS KERETA TERBABAS DAN TERBAKAR DI KILOMETER 407 LEBUHRAYA PLUS (VIDEO)
- PINGAT EMAS ZIYAD DI BATALKAN ATAS ALASAN TEKNIKAL
- Cadangan Tubuh RCI Pendedahan Tommy Thomas, Kenapa Blok Pro Dr Mahathir Pula Yang Menggelabah Puyuh?
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/01/izreen-azminda-syukur-dengan-ujian-dan-nikmat/