Individu 18 tahun boleh bertanding di P Pinang
Individu 18 tahun boleh bertanding di P Pinang
GEORGE TOWN: Pulau Pinang meluluskan undang-undang yang membenarkan individu berusia 18 tahun dan ke atas menjadi calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya akan datang.
Dalam pindaan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang hari ini, had umur 21 tahun untuk menjadi ADUN dikurangkan kepada 18 tahun, selepas mendapat sokongan 40 wakil rakyat kerajaan dan pembangkang dalam DUN.
Ia membabitkan pindaan Perkara 12 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang yang berkaitan syarat menjadi ADUN.
Pindaan itu diusulkan Soon Lip Chee (PH-Bagan Jermal), yang berkata Pulau Pinang akan menjadi negeri keenam selepas Sabah, Perlis, Terengganu, Kelantan dan Perak yang membenarkan individu berusia 18 tahun dan ke atas bertanding dalam pilihan raya.
Tetapi katanya, hanya dua negeri – Sabah dan Perak – menguatkuasakan undang-undang untuk menurunkan had umur kepada 18 tahun. Beliau tidak menyatakan bila undang-undang itu akan berkuat kuasa di Pulau Pinang.
Disyorkan Untuk Anda :
- AGENDA UTAMA ZAHIDI SEBAGAI TIMBALAN MENTERI ADALAH ‘HALALKAN’ TANAMAN KETUM?
- ANAK PAPA MAHU KERJA KERAS
- Perdana Menteri Dedahkan Kegagalan KJ
Soon berkata, di Pulau Pinang, tinjauan dilakukan pejabatnya menunjukkan 65% atau 2,261 responden menyokong langkah menurunkan had umur itu, manakala 35% atau 1,214 responden membantahnya.
Tinjauan dalam talian itu diadakan antara Disember dan Jun yang disertai 3,475 responden berusia 15 hingga 35.
Memetik Jabatan Perangkaan yang menyatakan 35% atau 624,000 daripada 1.77 juta populasi di negeri itu berusia 15 hingga 34 tahun, Soon berkata, ia penting golongan itu diberikan peluang untuk mengambil peranan aktif dalam politik Pulau Pinang.
“Langkah ini juga akan membawa kita setara dengan negara lain seperti Australia, Kanada dan United Kingdom yang membenarkan individu berusia 18 tahun ke atas bertanding dalam pilihan raya.”
Dalam laporan baru-baru ini yang memetik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 5.6 juta pengundi berusia 18 tahun ke atas yang belum mendaftar sebagai pemilih dan 1.2 juta daripada jumlah itu berusia 18 hingga 20 tahun.
Individu 18 tahun boleh bertanding di P Pinang
Disyorkan Untuk Anda :
- SEORANG LELAKI RENTUNG SELEPAS KERETA TERBABAS DAN TERBAKAR DI KILOMETER 407 LEBUHRAYA PLUS (VIDEO)
- PINGAT EMAS ZIYAD DI BATALKAN ATAS ALASAN TEKNIKAL
- Cadangan Tubuh RCI Pendedahan Tommy Thomas, Kenapa Blok Pro Dr Mahathir Pula Yang Menggelabah Puyuh?
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/01/lebih-7000-peserta-mm2h-tak-bermastautin-kata-hamzah/