Jangan sebar dakyah sesat atau berdepan tindakan, kata Zahidi

 Jangan sebar dakyah sesat atau berdepan tindakan, kata Zahidi

Jangan sebar dakyah sesat atau berdepan tindakan, kata Zahidi

PETALING JAYA: Individu yang menggunakan platform media sosial diberi amaran tidak menyebarkan dakyah sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), atau berdepan tindakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin, berkata menjadi kesalahan mengikut akta berkenaan apabila seseorang berkongsi kandungan yang boleh menimbulkan ketidaktenteraman awam.

“Bagi ajaran sesat dalam negara, kita boleh ambil tindakan berdasarkan peraturan sedia ada.






Disyorkan Untuk Anda :


“Apa juga ajaran sesat dalam negara, kita akan ambil tindakan berdasarkan laporan. Kita juga sedang bincang kemungkinan memadam kandungan berkenaan dari media sosial.

“Contohnya kalau ajaran itu disebarkan dalam Facebook, kementerian perlu mendapat kebenaran Facebook, begitu juga Youtube dan lain-lain,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan dibuat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) susulan aduan diterima berhubung ajaran PMYT lebih tiga minggu lalu.

Pengarahnya, Mohd Yusop Husin sebelum ini mengesahkan laporan berkenaan dibuat kira-kira tiga minggu yang lalu termasuk satu laporan kepada SKMM.

Wanita berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam itu dikesan sejak enam bulan lalu menggunakan media sosial seperti Facebook (FB), YouTube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai ramalan termasuk Perang Dunia Ketiga kononnya berlaku di Sabah sebelum dia memimpin pasukannya untuk mencari Imam Mahdi bagi melawan musuh.





Justeru, Zahidi berkata, beliau menasihatkan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan untuk membuat laporan kepada SKMM bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Jangan sebar dakyah sesat atau berdepan tindakan, kata Zahidi

https://edisisiasat.com/2021/09/01/datuk-didakwa-dalang-kartel-projek-kerajaan-hadapi-69-tuduhan-palsu-dokumen/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker