Kerana Syak Di Curangi, Lelaki Jahit Kemaluan Isteri

Sebelum ini skuad Edisi Siasat ada menyiarkan artikel seorang isteri di Ukraine menyarungkan nat pada kemaluan suami kerana dicurangi.

Tetapi perkara yang sebaliknya berlaku di India.

Seorang suami menjahit kemaluan isterinya dengan benang aluminium kerana syak isterinya telah berlaku curang.

Insiden itu berlaku di daerah Singrauli dan doktor yang memeriksa wanita tersebut mengesahkan kemaluannya cedera akibat dijahit oleh suaminya.





Jurucakap polis Singrauli, Anil Sonkar berkata, polis masih mengesan lelaki tersebut dan dia akan ditahan kerana melakukan penderaan domestik.

“Suspek yang berusia 22 tahun didakwa mengikat tangan isterinya sebelum menjahit kemaluan wanita itu menggunakan benang alumininum.”

“Walaupun isterinya merayu jangan dicederakan, suspek tetap melakukan perbuatan itu, selain memukulnya sebelum melarikan diri,” kata Sonkar.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker